Tuesday, April 21, 2009

some tips of breast cancer...


assalamualaikum...

saya tgh bahagia skrg nie...sambil duduk2 update blog...ada byk perkara yg membuatkan saya rasa sgt bahagia...(senyum2 je ni...)

1. suma paerkara berkaitan presentation dh habis...
2. dpt buat dgn agak perfect even..ada satu yg agak hampeh..

sambil2 belek laptop ni saya terjumpa balik slide presentation english saya masa sem 4 dulu..masa tu saya group ber3...saya, ida n tan..(satu2nya budak lelaki cina dlm kelas saya)..masa tu kn buat short presentation..tp saya lupa berkenaan dgn apa..tp group saya decide nk buat pasal breast cancer...

even breast cancer selalunya dikaitkan dgn wanita..tp sbnrnya xkira jantina bleh dapat gak..saya salute Tan sbb sgtlah sporting nak present benda ni...ni sedikit info yg dpt saya kongsikan bersama...saya tau ramai yg xtau sgt...ni pn sekadar mengingatkan diri saya supaya menjaga kesihatan dgn lebih baik lagi...

Tanda-tanda awal perubahan payudara yang memerlukan perhatian:
a) Benjolan di payudara atau di bawah ketiak.
b) Perubahan tidak normal dalam bentuk dan saiz payudara
c) Kewujudan lekukan dan/atau kedutan pada kulit payudara
d) Puting susu yang masuk ke dalam
e) Lendir atau darah yang keluar dari puting susu

Sebenarnya terdapat 3 jenis kanser yang kita patut tahu iaitu:

Yang pertama dipanggil Karsinoma. Ianya lazimnya berlaku dalam tisu yang membahagi dengan cepat, seperti sel-sel yang meliputi dan mengalasi badan kita termasuk kulit, kolon (usus besar) payu dara dan saluran pernafasan.

Yang kedua ialah Sarkoma. Kanser jenis ini umumnya berlaku dalam tisu-tisu yang membahagi dengan lebih perlahan seperti otot-otot dan tisu-tisu saraf.

Yang ketiga dipanggil Leukemia. Ini merupakan jenis kanser pada tisu yang membentuk sel-sel darah.

Kanser wujud dengan 4 peringkat:
Peringkat Pertama (Awal): Kanser yang dikesan besarnya tidak lebih dari 2cm dan tidak merebak di kelenjar ketiak serta tiada pengesanan imbasan yang ianya merebak ke bahagian badan yang lain.
Peringkat kedua: Saiz kanser ini ialah antara 2cm – 5 cm, telah merebak ke kelenjar ketiak tetapi tidak ke bahagian lain.
Peringkat ketiga: Saiznya lebih besar dari 5cm dan merebak ke kelenjar ketiak juga ke kelenjar leher yang boleh dirasa dengan tangan benjolannya tetapi tiada pengesanan ke bahagian badan yang lain.
Peringkat keempat (Lanjut): Saiznya boleh jadi kecil atau besar, telah merebak ke kelenjar ketiak dan leher serta merebak di bahagian badan yang lain seperti paru-paru, tulang belakang, otak, hati dan sebagainya.

Rawatan-rawatan yang diambil Sekarang:
Pembedahan:
a) Buang hanya bahagian yang berketumbuhan (lumpectomy)
b) Buang keseluruhan bahagian payudara (mastectomy) dan mengambil sebahagian kelenjar ketiak untuk pengesanan rebakan.

Kimoterapi:
Penggunaan dadah yang disuntik kedalam badan untuk membunuh sel-sel kanser yang mungkin masih berkeliaran. Ianya dilakukan selama 6 pusingan bagi setiap tiga minggu. Ketika rawatan ini, semua sel badan yang baik dan yang rosak atau berkanser akan dibunuh. Sebab itu sewaktu rawatan ini, pesakit akan berada di dalam keadaan yang paling lemah dan badannya mempunyai ketahanan melawan penyakit yang paling rendah. Elakkan melawat pesakit jika anda ada selsema pun.

Radioterapi
Penggunaan radiasi di tempat tumbuhnya kanser untuk membunuh akar kanser dan mengelakkannya dari tumbuh semula di tempat tersebut.

Rawatan Tambahan
Pengambilan pil untuk mengelakkan kewujudan semula kanser sekiranya kanser pesakit ialah ER +ve. Maksudnya, kanser yang telah dianalisa itu sensitive dan bertindakbalas terhadap hormon estrogen yang ada di dalam badan pesakit. Dengan kata lain,
kanser ini menggunakan estrogen sebagai sumber makanannya. Pengambilan bromalain untuk menghalang pembentukan hormon estrogen yang berlebihan.

Faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya kanser adalah seperti berikut:

Umur
Kira-kira 25% pesakit kanser payudara berumur kurang dari 50 tahun, 50% berumur antara 50 – 69 tahun dan lagi 25% berumur 70 tahun ke atas.

Kitaran Haid
Salah satu pemerhatian penting di dalam perubatan breast kanser ialah kanser ini lebih biasa terjadi kepada kaum perempuan yang mengalami kitaran haid awal (di bawah 15 tahun) dan yang terus mempunyai kitaran haid di peringkat umur lanjut (lebih 55 tahun).

Semasa pusingan haid bulanan, terdapat banyak perubahan hormon yang berlaku, yang melibatkan sel-sel di bahagian payudara juga. Setiap kali haid berlaku, kadar hormon di dalam badan di re-set dan proses ini berlaku berulangkali dalam setahun. Stimulasi ulangan ini mungkin menggalak atau menggandakan kerosakan pada pertumbuhan sel dan juga proses pembaikpulih. Semakin banyak kitaran haid seseorang wanita itu dalam jangka hayatnya, semakin tinggi kebarangkalian untuk kanser payu dara terjadi.

Wanita yang mengalami putus haid selepas berumur 55 tahun mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mempunyai kanser payudara daripada mereka yang menopause sebelum berumur 45 tahun.

Kelahiran Pertama
Wanita yang melahirkan anak pertama pada usia lewat (lepas 30 tahun) mempunyai 2 kali ganda risiko untuk mendapat kanser berbanding mereka yang melahirkan anak pertama pada usia bawah 25 tahun. Mereka yang melahirkan anak lambat ini sebenarnya lebih berisiko daripada wanita yang tidak melahirkan anak langsung.

Sejarah Keluarga
Jika seseorang wanita itu mempunyai ibu, kakak, adik, atau anak perempuan yang mempunyai kanser payudara, maka dia juga berisiko tinggi terhadap kanser ini.

Lebih muda saudara perempuan itu disahkan mengidap kanser payudara maka lebih tinggi risikonya bagi saudara perempuan yang lain untuk mendapat kanser. Mempunyai 2 saudara kandung yang mempunyai sejarah kanser payudara juga menggandakan lagi risiko bagi saudara yang lain.

Jika salah satu kategori ini wujud maka bertambahlah risiko bagi seseorang untuk mendapat kanser payudara secara keturunan:

a) Saudara kandung perempuan peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara atau sejarah kanser payudara dan ovari.
b) Saudara kandung perempuan peringkat pertama disahkan berkanser payudara di bawah umur 40 tahun atau saudara kandung lelaki peringkat pertama dengan sejarah kanser payudara tidak kira peringkat umur.
c) Dua orang saudara perempuan (Peringkat pertama atau kedua) disahkan berkanser pada umur bawah 60 tahun adalah dari belah keluarga yang sama.
d) Tiga atau lebih saudara rapat dengan sejarah kanser payudara atau ovari dari belah keluarga yang sama.

Nota:
Saudara perempuan peringkat pertama = ibu, kakak/adik, anak
Saudara perempuan peringkat kedua = nenek, cucu, makcik, anakbuah

Diet Tidak Seimbang Dan Kadar Asid Yang Tinggi Di Dalam Badan
Jika kita kerap mengambil makanan yang tidak berkhasiat, atau mempunyai diet yang tidak seimbang maka peluang untuk kita mendapat kanser juga menjadi tinggi. Secara logiknya, makanan yang terlalu berlemak mempunyai lebih banyak kemudaratan dari kemanfaatan. Diet yang tidak seimbang juga menyebabkan badan kita
lebih berasid. Ini faktor yang mempengaruhi pertumbuhan sel-sel kanser di dalam badan kita.

Daging merah menyebabkan badan kita mempunyai kadar asid yang tinggi. Manakala sayur-sayuran mempunyai kadar alkali yang tinggi. Begitu juga dengan serat di dalam bijirin terutamanya biji buah Apricot dan buhan-buahan. Mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan berserat tinggi membantu merendahkan kadar asid di dalam badan.

Pengambilan Pil Perancang Keluarga
Mengambil pil perancang keluarga dalam tempoh yang lama juga meninggikan kebarangkalian untuk seseorang wanita mengidap kanser payudara.

Dedahan kepada Radiasi
Dedahan kepada kadar radiasi yang melampau atau kerap adalah punca kepada kerosakan DNA kita dan telah dikenalpasti sebagi punca kepada pelbagai jenis kanser, terutamanya di sistem darah dan kelenjar kita. Walau bagaimanapun, x-ray dada dan mammogram mempunyai kadar radiasi yang rendah dan tidak menyumbang kepada kerosakan DNA serta punca kerosakan sel badan yang menyebabkan kanser.

Dedahan kepada Agen-agen Berkarsinogen
Makanan yang dimasak menggunakan minyak jelantah (Minyak yang telah diguna berkali-kali) mempunyai kadar karsinogen yang tinggi. Apakah karsinogen? Karsinogen ialah satu bahan/material yang menghasilkan kanser. Sebaiknya buang minyak setelah 2-3 kali menggunakannya.

Memakan makanan yang dipanggang atau di-gril juga mempunyai karsinogen yang tinggi. Satay, ayam percik, kebab, ikan panggang adalah antara makanan-makanan yang dimasak dengan proses tersebut. Jika ingin memakannya, pastikan bahagian yang terbakar atau hangus dikikis kerana di situlah karsinogen terkumpul. Jika memakan satay pula, pastikan timunnya dimakan juga kerana ianya meneutralkan karsinogen yang ada pada satay itu.

ni sahaja dulu info yg saya berikan..lain kali saya update lagi..okeh bebeh..

JAGALAH KESIHATAN ANDA...!!!


Wednesday, April 15, 2009

alamak..terkentut plak!!!sori..


Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila
tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru
muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal,
lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak
terkentut. Paling kurang lelaki akan berkata ”Eh! Makan apa kentut busuk
dan kuat sangat nih???“ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan
ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni
terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman
wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan
berkata ”Tak senonoh la…“ sambil mengejek manja teman lelakinya itu. Dan
lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.

Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya,
namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak
terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin. Tengok…bagaimana kentut
mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara
tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik
terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin
mengaguminya dan semakin menghormati…kerana itu adalah trademark teman
lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu…

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda
berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana
jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda
secara beramai ramai. Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan
anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:
Kentut itu membahagiakan… .anda setuju???


Monday, April 13, 2009

kadang-kadang....

Sometimes... ......

A lot of opportunity came in our life
We need to choose either grab it or drop it.......

Sometimes... .......
The opportunity just came once....
Sometimes... .
It may change our life.....
Sometimes... .
It doesn't change anything...
Sometimes... .
We can't decide whether right decision to be made.....
Sometimes... ...
We need help to make decision.... .
Sometimes... ...
Nobody can help us...

Sometimes... ...
When we lose it...we'll regret....
Sometimes... .
When we grab it.....we had a joy...
Sometimes... ..
We just waiting it to be true
Sometimes... ..
It came when we need it
Sometimes... ..
It never come although we wish for it...

So, when it come....choose the right decision and grab it as you wish for......

Sunday, April 12, 2009

Blood Types and Diet....


Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.


DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’


Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat

tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Saturday, April 11, 2009

patut ke jd cmni???



Cerita Norzie suaminya banyak melebihkan keluarganya, demikian juga yang dihadapi oleh Shana, malah yang lebih teruk lagi, suaminya tidak menyukai keluarga sebelahnya, hinggakan untuk memberikan ibunya duit setiap bulan pun dilarang, inilah masalah besar yang sentiasa berlengkar dalam kehidupannya.

Bukan setakat itu, nak balik kampung pun ada jadual, tak boleh balik sesuka hati, malah kenduri-kendara mahupun majlis perkahwinan saudara mara dipilih-pilih malah dia tidak galakkan pergi, kalau pergi pun cuma saya seorang, demikian cerita Shana dalam e-mel kepada penulis, dan ketika kami berbual di telefon, katanya dia sering diugut akan diceraikan kalau tidak mahu mengikut kehendak dan kemahuannya.

``Saya tak tahu pengalaman orang lain, tetapi pahit maung yang saya lalui selama berumah tangga selama 8 tahun ini amat membebankan perasaan dan menekan jiwa saya. Walaupun kini sudah mempunyai 2 orang anak, boleh dikira dengan jari bilangan saya balik kampung dalam setahun, biarpun kampung saya dalam negeri yang sama.

``Masa mula-mula kahwin dahulu, suami saya Eddy memberitahu, rancangan masa depannya terhadap rumah tangga kami dan bagaimana kami boleh memiliki rumah sendiri dengan tidak payah menyewa rumah lagi. Rancangannya kalau diikut memang bagus, tetapi malangnya tidak berjalan lancar seperti yang dia sendiri susun.

``Rancangnya saya mesti serahkan gaji saya semuanya kepada dia kemudian dicampur dengan duit gajinya, kami boleh beli rumah dan kereta lebih baik daripada yang dia ada pada waktu itu. Sementara mencari lokasi taman perumahan yang elok dan dekat dengan tempat kerja kami, maka kami terpaksa menyewa rumah dahulu, saya mengikut saja.

``Dari sebulan setahun rumah masih tak ditemui, kalau ada pun rumah yang sesuai, lokasi tak baik, tak jadi beli. Kadang tu lokasi sesuai, tetapi kawasan perumahan tak cantik tak beli juga. Alasannya, kalau salah pilih setahun rumah dah roboh, buat apa! Ada juga kawasan tak sesuai kerana selalu banjir dan sesak dengan kereta pun dia tak beli.

``Tapi yang peliknya rumah sewa kami memang di kawasan sesak dengan kereta setiap pagi hingga ke malam dia tak kisah pulak, alasannya kerana rumah sewa. Kini sudah tujuh tahun kami duduk di tempat yang sama, dan sesak tapi dia tak pulak jadi masalah kepadanya. Bagaimana kereta kami kini sudah dua kali bertukar.

``Saya tak kisah kalau dia cerewet pasal beli rumah, kerana seleranya tinggi, tapi saya bimbang semakin lama bertangguh, harga semakin mahal dan pasti rumahnya bukanlah dekat bandar lagi, tentu jauh dari KL. Kalau pun ada harganya sekali lipat.

``Namun yang memeningkan kepala saya ialah bab menguruskan rumah semua dia nak buat, kalau tak mahu beli perabut saya tak kisah, tak tukar langsir empat lima tahun pun saya boleh sabar, sebab tak ada siapa nak datang ke rumah saya, saudara mara saya jauh sekali mahu datang. Kalau datang pun keluarga dia nak malu pun rumah tak cantik dia sendiri bukan saya, sebab saya tak ada duit dan tak ada kuasa dalam rumah sendiri.

``Semua Eddy tentukan. Perabut rumah kami yang ada cuma yang perlu sahaja, kerusi meja, peti sejuk, dapur, meja makan, set bilik tidur semasa saya kahwin dulu, itu sahaja. Permaidani pun tak ada, alasan Eddy ia berhabuk tak baik untuk kesihatan. Kipas angin saya ambil dari rumah emak sebab tak tahan panas, begitu juga pinggan mangkuk periuk belanga hadiah emak semasa saya pindah lepas kahwin dahulu.

``Eddy tak galakkan saya pegang duit takut saya boros dan membazir, kalau nak beli pakaian saya dan anak-anak dia ikut sama dan tentukan yang mana sesuai untuk kami. Tudung saya pun dia pilihkan. Biasalah kami beli pakaian setahun sekali dekat raya.

``Selepas lima tahun kahwin, saya rasa sudah tidak selesa lagi, janji beli rumah entah di mana saya sendiri tidak pegang duit gaji saya kecuali diberikan duit makan semasa di pejabat. Namun yang lebih membuatkan saya memberontak dalam hati ialah bila saya meminta duit daripada Eddy untuk diberikan kepada ibu bapa saya dia tak bagi. Alasannya kalau duit selalu keluar mana cukup nak beli rumah.

``Saya jelaskan kepadanya, kalau sebelum kahwin saya bagi emak bapak saya paling kurang RM200 sebulan, takkan sekarang RM100 sebulan pun tak boleh. Saya pujuk lagi gunakan duit saya itu bagi emak setiap kali hari raya dan hujung tahun waktu bukan sekolah untuk membantu adik-adik, itu pun dia tak bagi. Kadang tu selepas menangis dua tiga hari baru dia bagi RM100 setahun sekali. Mana cukup.

``Akhirnya bila uisa meningkat saya beranikan diri simpan duit sendiri dan saya beritahu Eddy saya akan uruskan makan minum, susu anak dan sebagainya, saya tak mahu beri duit padanya lagi, kerana saya kira duit gaji saya yang disimpannya selama 5 tahun sudah cukup untuk membayar duit muka rumah yang dirancang untuk dibeli itu.

``Perubahan sikap saya tentulah menjadi kemarahannya, dia merajuk tak balik rumah beberapa hari hinggakan saya terpaksa naik teksi dan bas ke tempat kerja. Akhirnya dengan bantuan kawan-kawan saya menumpang mereka dan selesai satu masalah. Mulai bulan itu juga saya kirimkan duit untuk emak setiap bulan. Dan saya masih ada simpanan lagi. Amuk Eddy tak pernah surut, selagi saya tak menyerahkan duit gaji saya padanya.

``Namun saya sudah nekad tidak akan berganjak dari keputusan yang dibuat. Eddy mengugut, katanya isteri yang engkar pada suami tak cium bau syurga, tapi saya lebih yakin bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu.

``Saya cuba jelaskan kepadanya, kalau saya berbakti kepada emak saya dan bagi emak saya duit pun cuma beberapa tahun ini sahaja, paling lama 10 atau 15 tahun, lepas itu entah ibu bapa saya ada lagi atau tidak. Sebab mereka dah tua. Tetapi saya akan terus berbakti atau menjadi kuli kepada suami saya hingga ke akhir hayat, kalau tidak kena cerai mungkin 30 atau 40 tahun lagi, jadi mengapa marah kalau saya ingin berbakti dan memberi sedikit duit kepada ibu bapa saya. Tak lama!

``Lagi pun saya fikir bila lagi saya dapat membalas jasa ibu bapa saya yang selama ini membanting tulang membesarkan saya, suami mengambil saya sebagai isteri setelah saya dewasa, berkerja dan memberi hasil kepadanya, dia tidak bersusah payah menjaga saya, sebaliknya saya yang selama ini membantunya. Kalau saya sakit pun belum tentu dia boleh menjaga saya dengan baik seperti ibu menjaga saya dulu.

``Lebih penting, saya pun tak tahu jodoh dan kasih sayang saya dengannya, mungkin panjang mungkin tidak, mungkin dia kahwin lagi, atau mungkin saya dimadukan siapa tahu? Tapi kasih ibu kepada anak tak pernah padam. Saya katakan juga kalau saya tak pernah bertanya berapa banyak duit yang diberikan kepada emaknya setiap bulan mengapa hak saya dipertikaikan?

``Lebih memberatkan hati saya untuk menguruskan duit gaji sendiri setelah hubungan saya dengan ibu bapa dan adik-beradik saya cuba dibataskan, sebagai contoh, nak balik kampung di sekat, kenduri kahwin saudara mara kalau balik pun cuma saya sendiri, sedangkan dia tak suka berhubung rapat dengan keluarga saya.

``Kalau balik kampung saya semasa Hari Raya pun selepas tiga raya, tidur semalam esok balik tak sempat jumpa adik-beradiksaya, sebab mereka sudah balik ke rumah masing-masing, nak pergi ke rumah mereka, Eddy tak mahu. Belum pernah saya balik kampung pada raya pertama, sebab Eddy tak suka bergaul dengan ipar duai atau biras saya, lebih penting dia tak mahu keluar duit. Ialah takkan balik tangan kosong tak mahu beli daging sekilo ke, bagi duit raya pada anak-anak saudara ke, atau kepada ibu bapa saya!

``Sebab itulah saya bertindak menguruskan duit sendiri sebab saya tak nampak perubahan Eddy kepada kebaikan. Lebih menyakitkan hati saya bila di tanya berapa jumlah simpanan sekarang dah cukup ke untuk bayar duit muka rumah, jawapannya adalah sikit, tak banyak. Dia tak pernah beritahu saya jumlah sebenar, mengapa mesti sembunyikan jumlahnya daripada pengetahuan saya, bukankah kita berkongsi menyimpannya, jadi saya pun berhak tahu. Setiap kali bertanya ia akan mencetuskan pertengkaran, mula-mula dulu memang saya takut bertanya, tapi lama kelamaan saya dapati ketakutan saya itu menjadi senjata kepadanya supaya saya tak berani bertanya pada dia lagi.

``Betul kata Eddy bukan tanggungjawab saya beri duit pada ibu dan bantu persekolahan adik-adik. Tetapi apa tanggungjawab saya sebagai anak kepada ibu bapa yang susah, tergamakkan saya melihat adik-adik terkial-kial nak bersekolah?

``Saya bukan buta hati dan buta perut, sebagai anak saya rasa itu satu dari tanggungjawab saya. Inilah sahaja bakti saya kepada ibu bapa saya sebelum mereka meninggal dunia. Saya mahu mereka senang hati, emosi dan fizikal di hujung-hujung usia mereka.

``Malangnya niat baik saya ini telah membawa masalah besar dalam kehidupan saya, kalau dahulu Eddy nampak gembira setiap kali balik ke rumah, tetapi sejak saya uruskan duit sendiri, dia tidak mahu lagi melayan saya dan anak-anak dengan baik, ada-ada sahaja yang salah terhadap diri saya. Saya faham semuanya kerana saya tidak serahkan duit gaji saya padanya setiap bulan.

``Bagaimana pun jika saya kembali seperti dulu menyerahkan gaji saya kepadanya, hati dan jiwa saya pula tidak tenteram, saya boleh berkorban, tapi sampai bila, sedangkan baru dua setengah tahun saya menguruskan duit sendiri, saya sudah boleh menyimpan hampir RM4,000 dan saya rasa Eddy sudah pasti menyimpan lebih banyak lagi kerana dia begitu berkira dalam berbelanja, baik soal rumah mahupun makan minum kami.

``Boleh dikatakan setahun sekali kami pergi berkelah ke Port Dickson pun susah, kalau pergi pun kami bawa bekalan makanan dan minuman, tak pernah makan di restoran. Kalau keluar belanja pun cuma duit minyak dan tol. Tapi saya tak kisah asalkan anak-anak gembira. Kebiasaannya kami cuma berhibur dan makan angin ke Taman Titiwangsa atau ke sungai-sungai perkelahan di pinggir kota. Tentu Eddy banyak simpan duit!

``Walau pun hubungan kami agak kurang mesra, tetapi hati saya tenang, saya rasa tak salah simpan duit sendiri. Benar saya mesti bersyukur kerana Eddy benarkan saya bekerja, tetapi kalau tidak bekerja, mampukah Eddy sendirian? Beli rumah dan kereta? Belum tentu lagi! Sepatutnya Eddy bersyukur sebab saya membantunya, tapi Eddy kedekut dengan keluarga saya kerana dia mahu simpan duit dan mahu cepat kaya. Eddy janganlah kedekut sangat!"

Demikian luahan rasa Shana terhadap suaminya, katanya dengan mencurahkan isi hatinya, walaupun Eddy tidak membaca ruangan ini, tetapi jiwanya tenang. Malah ketika kami berbual di telefon Shana memberitahu hatinya terasa lega sekali, bebas dari bebanan besar yang terpaksa dipikulnya selama ini.

Kata orang tua-tua berjimat cermat dan beringat tentang masa depan kita boleh senang, tetapi kita akan menjadi lebih senang, mewah dan mendapat keberkatan Allah jika kita banyakkan bersedekah, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, bermula dalam keluarga sendiri, ibu bapa, adik-beradik juga saudara mara yang susah. Hidup kita juga akan mendapat keberkatanNya di dunia dan di akhirat.

Friday, April 10, 2009

korang xnk cuba ke???

video

HAPPY BIRTHDAY KAK INTAN...


 Chocolate sprinkles and hearts make this design a favorite.

hepi besday to u...
hepi besday to u...
hepi besday to Kak Intan...
hepi besday to u...

HAPPY BESDAY TO YOU...
happy sweet 17th...

semoga panjang umur...
semoga murah rezeki...
semoga jadi matang
jgn garang2 lagi...

STUDY HARD
FOR
SPM 2009

Thursday, April 9, 2009

Saat kau pergi...

salam semua....
kali ni saya nk kongsi dgn korang semua lagu yg sgt touching kt hati n telinga saya..ni sbnrnya band baru kt indon..my sis yg download lagu ni sbnrnya...saya copy n paste jelah dlm pendrive saya masa saya balik umah every weekend lepas..

lagu ni mengisahkan kekasih yg ditinggalkan kekasihnya...bknlah saya yg ditinggalkan en.hubby..tp saya sukakan muzik n lirik dia...kalau korang xsuka...DIAM... suka hati sayalah nk suka dgr lagu apa...betul x?kalau korang free korang crlah lagu ni eh...meh layan lirik dia dulu...

Vagetoz - Saat Kau Pergi

Saat kau pergi
Berlinanglah air mataku
Betapa cinta ku rasakanAlign Center
Kebahagiaan itu
Kini lenyaplah sudah

Tak pernah ku inginkan
Perpisahan ini terjadi
Ku hanya bisa merelakan
Jika memang kau pikir
Ini lah yang terbaik

reff:
Tak perlu kau beri alasan
Mengapa kau ingin pergi meninggalkan diriku
Karena ku yakin mungkin semuanya itu bisa
Membuatmu bahagia

Sepenuhnya ku menyadari
Bahwa cinta itu tak mesti harus memiliki
Namun ku akan terus selalu menyayangimu
Setulusnya hati

Tak pernah ku inginkan
Perpisahan ini terjadi
Betapa cinta ku rasakan
Kebahagiaan itu
Kini lenyaplah sudah

Repeat reff

Saat kau pergi
Berlinanglah air mataku

daa...enjoice....


Cancer in your body...watch out!!!


1. Every person has cancer cells in the body. These cancer cells do not show up in the standard tests until they have multiplied to a few billion. When doctors tell cancer patients that there are no more cancer cells in their bodies after treatment, it just means the tests are unable to detect the cancer cells because they have not reached the detectable size.

2. Cancer cells occur between 6 to more than 10 times in a person's lifetime.

3. When the person's immune system is strong the cancer cells will be destroyed and prevented from multiplying and forming tumors.

4. When a person has cancer it indicates the person has multiple nutritional deficiencies. These could be due to genetic, environmental, food and lifestyle factors.

5. To overcome the multiple nutritional deficiencies, changing diet and including supplements will strengthen the immune system.

6. Chemotherapy involves poisoning the rapidly-growing cancer cells and also destroys rapidly-growing healthy cells in the bone marrow, gastro-intestinal tract etc, and can cause organ damage, like liver, kidneys, heart, lungs etc.

7. Radiation while destroying cancer cells also burns, scars and damages healthy cells, tissues and organs.

8. Initial treatment with chemotherapy and radiation will often reduce tumor size. However prolonged use of chemotherapy and radiation do not result in more tumor destruction.

9. When the body has too much toxic burden from chemotherapy and radiation the immune system is either compromised or destroyed, hence the person can succumb to various kinds of infections and complications.

10. Chemotherapy and radiation can cause cancer cells to mutate and become resistant and difficult to destroy. Surgery can also cause cancer cells to spread to other sites.

11. An effective way to battle cancer is to starve the cancer cells by not feeding it with the foods it needs to multiply.