Wednesday, March 25, 2009

manusia, malaikat, syaitan..mana satu pilihan anda???

Manusia - Eh,dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuhmu.
Syaitan - Alahhhhhh,kejaplah, ngantuk ni....awal lagi nie?.zzzzzzzz. .......

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung,nampak kampung!!!

Manusia - Alamak,dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia, nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh? awal lagi? mmm..aaahh? suruh si X,punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. . .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa..rilex lah..awal lagi nie?

Manusia - Eh,eh... tak boleh tengok ini,berdosa. ..
Malaikat - Wahai anak Adam,alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu...rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa.
Malaikat - Wahai anak Adam,cegahlah ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang,lantaklahh!

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat - Wahai anak Adam,nasihat- menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikir la,semua dah besar,buat apa susah2...pandai2lah .

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu,lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali..rugila. ..(kalau sempat la)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam,kakimu ingin melangkah ke jalan yg dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang,tiada sesiapa yg tahu...Jomlah!

Manusia - Uuhhh! letihnya arini..tak solat lagi nie.
Malaikat - Wahai anak Adam,taatilah Allah dan Rasul-NYA,kebahagia an di dunia dan akhirat untukmu.Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam,ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Tuesday, March 24, 2009

Wahai Wanita Jadilah Isteri Bukan Kuli Sampai Mati

"Inilah orang perempuan kerana terlalu takut, sayang membabi buta, akhirnya diri sendiri yang binasa. Namun tidak terlalu lewat untuk beliau bertindak sekarang, anak-anak pun dah besar, biarlah wanita lain pula mengambil alih tanggungjawab, mana tahu mungkin wanita tersebut boleh mengajar suami puan Norzie menjadi baik, dan berjaya menundukkannya, biasalah, suami terlalu kedekut dengan isteri pertama, dengan isteri kedua, barulah dia tahu langit itu rupanya tinggi. Dan biarkan dia menyesal hingga ke akhir hayat." Kata Farra lagi.

Kita lupakan sementara cerita Norzie dengan suami kedekutnya, dan Zaki teringin berpoligami, kita baca kisah puan Amalena tentang penderitaan ibu kerana sikap ayahnya langsung tidak bertanggung jawab kepada keluarga demikian ceritanya dalam e-melnya kepada penulis.

Sekali tertinggal terasa amat rugi besar. Ruangan di celah-celah kehidupan banyak mengajar saya tentang erti kehidupan sebenarnya serta membekalkan topik-topik hangat untuk kami berbincang dengan kawan-kawan dan suami saya bagi memastikan rumah tangga yang kami layari selama 5 tahun ini sentiasa ceria, bahagia dan berkualiti.

"Tetapi cerita dua minggu lalu menarik hati saya dan rasa terpanggil untuk menyumbang sedikit cerita bagi renongan pembaca. Iaitu tentang betapa besar dan beratnya peranan lelaki sebagai suami menjadi ketua keluarga. Kalau nama aja suami tapi tidak berfungsi apa guna berkahwin, mungkin bahtera yang dilayari karam dilanda badai ganas. Wanita pula amat gembira bila naik pelamin jadi raja sehari, tetapi hakikatnya tanpa disedari dirinya jadi kuli sampai mati.

"Kami suami isteri sentiasa berusaha supaya bahtera kami selamat, kerana saya tidak mahu terjadi seperti bahatera ibu bapa saya, bukan menghina, tetapi saya rasa bertuah kerana kapten kedua bahtera kami iaitu ibu, seorang petugas setia, kerana peranannya kami adik beradik selamat, tidak tenggelam dilambung ombak menjadi mangsa dadah, penjahat, penyamun, kutu rayau ataupun penghuni sekolah jahat mahupun pusat pemulihan akhlak. Jadi manusia.

"Ibu gigih membesarkan dan memastikan kami hidup seperti orang lain. Ayah mengahwini ibu takkala mereka sama-sama berusia 21 tahun. Semenjak itu dugaan hidup ibu menjadi sangat tragis. Ayah sering tinggalkan ibu berbulan-bulan lamanya terutama apabila ibu hendak bersalin. Itulah sikapnya setiap kali ibu melahirkan, ayah menghilang. Alasannya mencari kerja.

"Minat ayah yang mendalam dalam dunia seni menyebabkan dia sering keluar daerah. Kami tak pasti apa tugas ayah sebenarnya. Sepanjang pemergiannya, sesen pun dia tidak tinggalkan duit kepada ibu. Ibu mengajar kami mengikat perut bila beras dalam tin sudah habis.

"Kami biasa makan nasi digaulkan gula campur air suam, bubur nasi campur gula atau bubur nasi dengan garam, dah jadi menu biasa kami berlima beradik. Ibu berusaha sedaya upaya melakukan bermacam-macam kerja. Ambil upah menjahit, memajak sawah, berniaga kecil-kecilan, ambil upah menoreh getah asalkan dapat sedikit duit.

"Kerana terlalu susah dua orang kakak saya tak pernah bersekolah. Kerana terlalu miskin orang kampung memujuk ibu membenarkan dua orang kakak bekerja sebagai orang gaji di rumah orang walaupun waktu itu mereka baru berusia 10 dan 9 tahun. Ibu terpaksa merelakan kerana hidupnya terlalu susah dan supaya kami yang tinggal boleh makan nasi bukannya bubur.

"Saya amat bertuah mempunyai kakak-kakak yang sanggup berkorban demi ibu dan kami adik-adiknya. Kak Long pernah menceritakan kepada saya betapa ibu menangis tersedu sedan, apabila tangan kecilnya menghulurkan wang gaji pertamanya kepada ibu. Mungkin hati ibu amat tersentuh kerana usia sementah itu sepatutnya riang ria bersekolah sebaliknya terpaksa membanting tulang mencari duit untuk ibu bukan banyak tak sampai pun RM40 sebulan.

"Ibu pasrah akan ketentuan illahi memberikannya suami yang sangat tidak bertanggung jawab. Sudahlah tidak bekerja tetap bila ada duit sikit dapat kerja sementara mulalah berjudi dan minum arah. Sikap itulah membuatkan ibu cepat melenting. Kerap juga kami melihat mereka perang besar terutama apabila ayah mabuk-mabuk atau sehari suntuk di meja judi.

"Walaupun mereka berperang, tapi ayah tak berani memukul ibu. Mungkin ayah sedar dia tidak menjalankan kewajipan sebagai suami. Ayah bosan duduk di rumah dia ada tempat pelarian untuk bertemu kawan-kawan seninya di bandar. Ibulah yang terpaksa menanggung anak-anak dengan apa cara sekalipun, asalkan kami tidak kebulur.

"Ayah selalu merungut pada kawannya katanya anak-anak menyusahkannya. Katanya bilalah kami nak besar boleh cari kerja boleh keluar rumah dan tidak susahkan dia lagi. Bila kedua kakak bekerja di rumah orang di bandar, tinggalkan abang, menjadi sasaran kebencian ayah. Sejak kecil lagi saya tahu ayah bencikan abang, bila balik ke rumah abang akan jadi sasarannya melepaskan marah. Ayah tak pernah menunjukkan kasihnya kepada abang.

"Ayah bencikan abang anak lelaki tunggalnya. Abang sering kena maki hamun pantang buat silap. Ringan aje mulut ayah halau abang keluar rumah. Jadi untuk elakkan ketegangan, setiap kali ayah balik abang menyendiri bawa diri, asalkan tak bersemuka dengan ayah.

"Abang rajin membantu ibu menoreh, ke sawah atau apa aja kerja yang boleh mendatangkan duit, sampaikan ambil upah jual buah-buah, panjat pokok kelapa, pendaknya apa saja kerja asalkan berduit abang akan buat, biasalah dengan orang kampung berapa sen sangat upahnya, kadang tu tak ada upah duit, buah kelapa, pisang sebagai ganti, abang ambil juga.

"Pendek kata abanglah harapan ibu membantunya mencari duit untuk beli beras, bukannya ayah. Tapi ayah tetap bencikan abang sebabnya saya tak tahu. Masa berlalu dan ayah tidak pernah berubah. Abang cuma mampu bersekolah hingga tingkatan lima dengan pangkat 3. Ringan pulak mulut ayah panggil abang bodoh. Tapi abang tak melawan, kerana ibu sering berpesan jangan mendurhaka kepada ayah. Kalau dia marah pekakkan telinga.

``Demikian juga halnya ketika sampai giliran saya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dahulu, ayah membantah keras, katanya budak perempuan buat apa sekolah akhirnya duduk dapur juga. Syukur kepada Allah, kakak desak hantar saya ke sekolah menengah, waktu itu kakak dah berkahwin, umurnya baru 16 tahun. Mulanya saya takut juga, tapi kerana desakan kuat kakak dan abang saya beranikan diri melangkah ke sekolah menengah. Saya naik basikal ke sekolah untuk jimatkan belanja. Maklum sekolah menengah jauh dari rumah kami.

``Gembiranya tak terperi dapat sambung sekolah. Tapi bermulalah episod persekolahan yang penuh kekurangan. Belanja jarang dapat, yuran sekolah asyik tertunggak. Baju sukan tak pernah ada. Kasutku jarang berganti hinggakan budak lelaki kerap mengejek saya budak berkasut buruk. Pendek kata saya bukan sahaja menghadapi dugaan dengan ayah, malah kawan-kawan di sekolah pun sentiasa berusaha memudarkan semangat saya bersekolah, tapi emak bersemangat waja, katanya dia tak berharta, cuma pelajaran sahaja boleh mengubah nasib dan kehidupan kami, berusahalah kalau mahu hidup senang. Dalam makna nasihat ibu, cuma saya waktu itu tak faham, sekarang baru saya tahu hikmahnya.

``Walaupun miskin, tapi saya berusaha jadi budak pandai, paling tidak ada juga tempat budak-budak nak segan kat saya orang miskin ni. Nampaknya harapan ibu tak sia-sia, saya kerap dapat nombor terbaik dalam kelas, selepas SPM saya ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah ke UK. Ibu agak berat hati untuk melepaskan, almaklum anak dara pergi jauh sendirian.

``Ayah yang selama ini membenci saya bersekolah sudah terbalik, dia terkejut saya ditawarkan ke UK. Dia tak memuji saya berdepan, tetapi saban dia melepak di kedai kopi bercerita perihal kejayaan saya. Ada juga suara-suara sumbang memperlekehkan keluarga kami, sudahlah miskin merempat ada hati nak hantar anak ke luar negeri.

``Malang tidak berbau dalam saya sibuk menmbuat persiapan untuk berlepas ke luar negara, ibu terlibat dalam kemalangan, dilanggar motor semasa dalam perjalanan menoreh getah. Seminggu ibu koma kerana pendarahan dalam otak sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Hancur luluh hati ini. Niat untuk membela ibu selepas mengecapi kejayaan tak kesampaian.

``Kami adik-beradik terlalu bersedih sehingga tidak sedar terkeluar perkataan mengapa tidak ayah saja yang mati bukan ibu. Adik bongsu terkandas pelajarannya di tingkatan 3, siapa nak bantu kerana ayah menghilangkan diri tidak lama kemudian.

``Tinggalkan kami adik-beradik bagai kehilangan arah. Alhamdulillah, kak long bertindak sebagai ibu menjaga adik. Sewaktu di luar negara, saya diberitahu ayah dah kahwin lagi. Tak apalah bisik hati, sekurang-kurangnya ada orang boleh menjaganya kerana dia dah tua.

``Dipendekkan cerita kami kini semua telah berumah tangga dan beranak pinak. Pernah juga kami menziarahi ayah di rumah isteri mudanya. Semuanya kelihatan baik, tapi baru-baru ini ayah buat tabiat lamanya, dia tinggalkan isterinya dan balik duduk kampung seorang diri.

``Banyak cerita ayah mengumpat isterinya, sebab itu dia pindah duduk kampung. Tapi kami tak ambil pusing. Rupanya dalam diam dia mengharapkan bantuan kami, sebab itu dia pindah balik kampung dia dah boleh cakap besar anak-anak dah bekerja dan nampak senang sikit.

``Sebenarnya amat payah untuk kami melahirkan perasaan kasih terhadap ayah, sebab sejak kecil kami sudah renggang, ayah macam orang datang bertandang sahaja. Begitu juga kakak-kakak dan abang. Mereka merasa cukup terseksa kerana ayah. Abang bertambah lagi, sebab dialah anak yang paling ayah benci, dia dianggap musuh jadi macam mana dia nak sayangkan ayah?

``Saya tidak pernah salahkan mereka kerana berperasan sedemikian, sebab kami merasakan kesusahan dan keperitannya. Cuma adik bongsu kami sahaja yang yang kerap balik menziarah ayah serta menguruskan keperluan dan makan minumnya.

``Tapi akhir-akhir ini adik pun dah mula merungut. Dia tak berdaya menjaga ayah seorang, tambah-tambah bila ayah memintanya membelikan sebuah tv besar kerana mata ayah dah mula kabur disebabkan penyakit kencing manisnya hinggakan ayah sudah tak nampak lagi untuk menonton cerita di tv kalau tvnya kecil sangat.

``Kami adik-beradik merasa lebih pelik kerana ayah pentingkan tv, bukankah golongan orang seperti ayah sepatutnya lebih kerap beribadah dan pergi masjid. Masalah yang saya rasa sekarang ialah ayah sentiasa mengharapkan anak-anaknya datang menjenguknya di kampung, tetapi sedihnya anak-anak ayah berat hati nak pulang ke kampung kerana masih terkenangkan perbuatan lampau ayah terhadap ibu dan langsung tidak kasihkan anak-anak di samping itu kami pun sering kesibukkan dengan tugas dan mengurus keluarga sendiri. Kami tak mahu ketepikan anak-anak, kerana kami tak mahu anak-anak membenci kami apabila kami tua nanti, seperti perasaan kami terhadap ayah yang terasa amat sukar untuk dikikis.

"Kini ayah memburuk-burukkan kami terutama abang dan kak long. Panas juga telinga bila ayah kutuk abang tidak bertanggungjawab menjaga ayahnya sendiri. Tapi ayah sedarkah itulah sikapnya dahulu melupakan anak-anak." Demikian cerita Amalena tentang pengalaman pahitnya semasa kecil semoga kita mendapat iktibarnya.

Kesimpulan cerita Amalena dia mengingatkan kaum lelaki, agar lebih bertanggungjawab kepada keluarga iaitu anak-anak dan isteri, jangan marah kalau anak-anak tak kenal ayah bila dah tua nanti, hidup inikan umpama roda sentiasa berputar. Dan ingat setiap perbuatan baik ataupun jahat itu ada balasannya dari Allah, cuma lambat atau cepat sahaja datang pembalasanNya

Monday, March 23, 2009

AWAS!!!please read my dear friend....


Janji lelaki beristeri

Berhati-hati dengan segala janji manis lelaki yang sudah beristeri, takut nanti anda pula terjerat dengan penipuan cinta keduanya.




Seperti pasangan yang belum berkahwin, mereka akan berusaha menyakinkan kekasih hati dengan godaan janji manis. Justeru, lelaki yang beristeri sanggup berbuat apa sahaja untuk memujuk rayu cinta keduanya dengan janji manis bagi menjerat wanita kedua yang bertahta di hatinya.

Benar apa yang diungkapkan, setiap bicara kata manis lelaki mampu melenturkan hati kekasihnya. Namun, anda harus berhati-hati dengan janji manis mereka, takut nanti anda dijerat masuk ke lubuk percintaan kali keduanya. Berikut kata-kata manis lelaki yang sudah beristeri untuk memikat wanita kedua yang hadir dalam hidupnya.

"Saya akan menceraikan isteri"

Janji itu seringkali dilafazkan oleh lelaki yang bergelar suami. Adakah janji itu akan ditunaikannya? Sayang sekali, kebanyakannya tidak mahu mengotakan janji. Pelbagai alasan diberi termasuk kes perceraiannya masih di peringkat penyelesaian di Mahkamah Syariah. "Sabar ya... sayang, proses perceraian itu akan selesai tidak lama lagi," begitulah antara kata-kata manis yang dilontarkan lelaki setiap kali anda menagih janji.

Bercerai bukannya satu perkara yang mudah bagi seorang lelaki. Umumnya, mereka akan memilih untuk kekal dengan perkahwinan pertama berbanding perceraian walaupun kebahagiaan yang dicari selama ini gagal. Apatah lagi, sekiranya lelaki itu telah dianugerahkan cahaya mata.

Ini kerana, lelaki seringkali bimbang kehilangan anak-anak apabila bercerai.

"Saya berjanji akan mengahwini anda"

Ramai daripada kita seringkali tertipu dengan janji-janji sebegini. "Tenang ya... sayang, tidak lama lagi saya akan menikahi anda." Inilah ucapan berulang kali yang akan dilontarkan lelaki sebagai satu cara untuk menunjukkan keseriusan dan ketaatan kepada anda.

Janji mengahwini kekasih terpaksa dibuat supaya si dia tidak berpaling arah pada cinta lain. Soalnya, bagaimana lelaki itu harus memberikan komitmen kepada anda, sedangkan dia terikat pada komitmen terhadap isteri dan anak-anaknya. Anda perlu menerima hakikat bahawa hanya segelintir lelaki yang benar-benar akan menceraikan isterinya semata-mata untuk menikahi kekasihnya.

"Saya akan bawa anda ke rumah"

Janji itu biasanya dilafazkan sebelum anda mengetahui tipu helahnya bahawa dia adalah hak kepunyaan orang lain. Dia berjanji akan menceraikan isterinya dalam masa terdekat tetapi tidak mungkin itu dapat ditunaikannya. Sekiranya anda bertanya bilakah dia akan menetapkan tarikh perkahwinan, biasanya lelaki itu akan mencipta pelbagai alasan termasuk terlalu sibuk dengan kerjaya. "Saya memerlukan masa yang sesuai" atau "saya semakin sibuk sejak kebelakangan ini," adalah antara alasan yang kerap bermain di bibirnya.

"Saya pasti datang ke rumah anda"

Bagi lelaki yang beristeri, bertemu dengan kedua-dua ibu bapa kekasihnya akan mengundang risiko yang besar. Pertama, ia menandakan keseriusan hubungan anda dengan dia, sedangkan dia sudah mempunyai komitmen lain. Kedua, dia belum bersedia berhadapan dengan pelbagai pertanyaan yang akan dilontarkan oleh ibu bapa anda. Dia berasa takut apabila statusnya terbongkar. Maka, dia akan menghindari segala perkara yang tidak diingini. Dengan itu, dia akan memberi janji manis untuk bertemu dengan ibu bapa anda, tetapi tidak sedikitpun berniat untuk berjumpa dengan mereka.





"Cuma kamu yang ada di hatiku"

Ucapan ini akan membuatkan anda terawang-awang. Dia tahu bahawa kata-kata seperti itu akan membuatkan perasaan anda cair. Tetapi, sebaiknya jangan mudah percaya dengan kata-kata itu. "Hanya kamu yang ada di hatiku?" Ah, itu satu pembohongan besar. Selain anda, di hatinya masih ada anak-anak dan isterinya. Malah, anda juga perlu tahu, merekalah yang mendapat tempat terbesar di hatinya.

"Aku akan membahagiakanmu"

Kalimat ini hanyalah janji-janji manis untuk dirinya. Dia tidak mampu membahagiakan anda, selain isteri dan anak-anaknya. Bagaimana dia mampu membahagiakan anda, sekiranya keinginan anda tidak mampu ditunaikan. Walaupun dia sering memberi hadiah mahal kepada anda, namun sebenarnya bukan itu yang anda harapkan. Anda menginginkan hubungan yang stabil dan mampu hidup bersamanya. Sayangnya, hal itu tidak mampu ditunaikan atas alasan komitmen lain yang perlu diutamakan.

"Selalu berada di sisi saat memerlukan"

Ini merupakan janji-janji bisa yang seringkali diucapkan lelaki yang beristeri bagi merayu kekasihnya. Padahal, dia tidak mampu memenuhi janji itu. Bagaimana dia boleh menemani anda saat memerlukan, jika anda dan dia hanya bertemu pada waktu bekerja. Ketika anda memerlukan nasihatnya, anda tidak mungkin menghubunginya di rumah atau pada waktu cutinya. Anda mungkin akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar jika menghubunginya ketika itu. Oleh itu, berhati-hati dengan kata-kata manis seorang lelaki, takut nanti anda pula yang terjerat dalam penipuan cinta suami orang.


Sunday, March 22, 2009

5 don't when u are sleeping...please!!!


DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if
you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse
effects on your health.


DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not
encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but
please put the phone as far as possible. Scientists have proved that
electrical items including mobile phone and television sets emit
magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our
nervous system. Therefore if you need to put your mobile phone near
you, switch it off first.



DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long
run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in
breathing and problem in perspiring. You will also need a much
longer time to go into deep sleep.


DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more
than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed
without it.

very important thing is....

...






DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE /HUSBAND!
You may never wake up again....

hahaha...ingat tu!!!


Saturday, March 21, 2009

petua bahagia!!!!


1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.Align Center
3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah
sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira `gerak batin' (intuition)
perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi `menang-menang' .

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

9 Reasons People Cheat


Here are some situations that make people cheat:

1. Bored
I'd say this is the most common reason that people cheat.It's tough to keep that edge throughout a relationship. Things start off grand and then level off and then you both realize that it's still real life. When you meet someone else, that inaugural excitement of a new relationship kicks back in.


2. Dependence
At first glance, cheating seems like independent behavior. It could be interpreted as doing what you want, when you want. But I would argue that cheating is a dependent behavior. A cheater is dependent because they are not strong enough to break up with their significant other in order to get with the new person.

3. Confusion
Sometimes life or a particular situation can get to you. When the perfect storm of confusion is going on in your head, you make mistakes.



4. Because They Let You
If any girl ever cheated on me, I'd break up with her immediately. Forgiving a cheater is putting up with it, and starts a vicious cycle. That person who cheated may lose respect for you and might continue to cheat-because they know they can get away with it, because you'll continue to take them back.



5. Nurturing
If someone is mistreating you, then your first instinct is to get away from him or her. But sometimes it's not that simple-maybe you are raising kids together. If you feel trapped in a bad relationship, it's only natural that you will run to the open arms of a person who treats you well.



6. Revenge
This is quite simple- an eye for an eye. Cheat on them if they cheat on you. If they continuously hurt you or abuse you in some way, you do it to get them back.



7. Confirmation of Attractiveness
Sometimes when you're in a long relationship, or if your significant other is taking you for granted, you begin to wonder if you're still attractive. Perhaps, because you were out on the dating circuit, you felt more attractive when you were single. If you have an affair, you've proven that a new person can be attracted to you.



8. The Thrill
Some people just enjoy the thrill of cheating: running around secretly, risking getting caught, and creating thrilling moments with a forbidden romance.



9. They Don't Consider It Cheating, Even Though You Might
Relationships have that Grey area, usually right before you become exclusive. He thinks date #4 is when you're "together," and you think date #2 is when you're "together." If you haven't talked about exclusivity, someone may think they are well within their rights to see other people, even though the other person in the relationship may not.



I don't understand why people don't break up as soon as they have an urge to cheat. Is it natural to have temptation, or is temptation a sign that the relationship is losing its fire? What reasons would you add to this list, and do you disagree with any? If you've ever cheated, why did you do it? Could you forgive a cheater? If you are single, but seeing a person who is in a committed relationship, does that make you a cheater?


copy from yahoo...


friend or best friend???


Friend: calls your parents by mr. and mrs.

Best friend: calls your parents dad and mom.

Friend: has never seen you cry

Best Friend: has always had the best shoulder to cry on

Friend: never asks for anything to eat or drink

Best friend: opens the fridge and makes herself at home

Friend: asks you to write down your number.

Best friend: they ask you for their number ( coz they can't remember it)

Friend: borrows your stuff for a few days then gives it back

Best friend: has a closet full of your stuff

Friend: only knows a few things about you

Best friend: could write a biography on your life

Friend: will leave you behind if that is what the crowd is doing

Best friend: will always go with you

Friend: would delete this letter

Best friend: will send this back to me and all of their online buddies


Friends Forever!

Written with a pen

Sealed with a kiss

If you are my friend,

Please answer this:

Are we friends or are we not?

You told me once, but I forgot.. So tell me now and tell me true, So I can say , I am here for you.

Of all the friends I've ever met, You're the ones I won't forget.. And if I die before you do,

I'll go to Heaven And wait for you..

Show your friends how much you care.


Friday, March 20, 2009

musim kengkawan khwn....

salam...
saje je tetiba rasa nk menulis mlm ni...saya mmg dh lama xupdate friendster saya...tup..tup..ada gmbr kengkawan skolah saya yg dh khwn..amboi...senyap2 je khwn...xjmpt pn...

kdg2 saya terfikir gak..buat apa join friendster or apa saja yg berkaitan dgnnya kalau bnda 2cmni xdihebahkan kpd kwn2....membina masjidkan..bknnya kn tangkap khalwat ke apa...kita mmg dh tau diaorang dh tunang...xpelah kalau xjmpt..ni khwn pn sama gak..sekadar invite kt friendster or email pn dh ok..nilah gunanya perantaraan ni..utk menyatukan balik kwn2 lama...

saya terasa hati skit bila jd cmni...kita excited tgg invitation sbb ingatkan bleh jmpa balik kwn2 skolah dulu...tp hampeh...masa nilah nk bt mini reunionkan...tp xtaulah kalau ada diantara mereka tu yg xsuka jumpa balik kwn2 lama..mngkn ada memori kot....hehehehe...saya sgt berbesar hati sekiranya kawan2 lama invite wedding diaorang..saya cb gak hadirkan diri...

bknnya xde wedding yg invite by friendster n email je...suma tukan komunikasi baru...yg x membataskan kita utk berhubung dgn sesapa je...saya sgt sedih....smpaikan saya ckp kt en.hubby...

"kita khwn nnt xpyhlah announce kt mana2...kita jmpt jelah mana yg teringat...xpntng pn nk jmpa balik kwn2 lama sekadar nk tnya kabar n bersua muka..."

nsb baik saya ada motivator yg bagus yg slalu ingatkan saya supaya berfikiran positif...

"mngkn diaorang xsmpt kt..mklmlah sbk bt persiapan..."

tp xpelah...kepada kengkawan saya yg dh selamat melangsungkan perkahwinan..baik yg ada jemput atau x..saya doakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat...bknlah saya mengharap sgt jemputan anda...tp sekadar ingatan kawan lama yg pernah rapat dulu...tu je..

tetiba plak teremosi...jom layan balik gmbr kwn2 saya yg dh khwn yg invite saya guna kad dan sekadar email...

ni kawan en.hubby yg sanggup pas kad khwn dia semata2 nk kitaorang dtg gak..tp apakan daya kitaorang smpt pg umah pengantin perempuan je...kira oklah tu..xtaulah dh ada rezeki nk dpt baby ke blum...


ni plak kwn baik saya ms kt teknik dulu...dua2 pn kwn klas saya...sweetkan..zila..dh ada yg tersangkut ke blum???


ni plak kwn saya masa kt ikm dulu..ni pn dua2 kawan klas saya gak..mmg ramai jodoh kwn saya sekelaskan..dgr crite ummi dh pregnant..tahniah ummi..wedding ni kt umah syed kt klang...even syed jmpt guna email..saya dtg gak sbb fikir dh lama xjmpa...dpt gaklah saya jmpa clssmate yg lain even x ramai yg dtg...

ni plak classmate saya kt teknik...ili pn invite saya by friendster...thanks ili sbb ingat gak kt aku..smpt gaklah saya berborak2 dgn dia..sekadar bertanya kabar n bersua muka since lepas skolah xprnh jmpa...ni pn xtau dh ada rezeki baby ke blum..hrp2 dh adalah..even dok jauh2 pn...


ni plak classmate saya ms skolah rendah..sahida dan husband dia yg saya kenal sejak skolah rendah gak..au..thanks dieda sbb ingat gak nk jmpt even pass kad khwn ko kt ain..aku dtg gak sbb aku mmg dh lama xjmpa ko even kita prnh study sebelah2 je kt bangi dulu...dh ada tanda2 ke blum???

oklah...tu jelah agenda saya malam ni...sekadar meluahkan rasa hati je...sesungguhnya saya xnk terminate memori lama saya since saya tadika lagi sampai skrg...byk betul kenangan2 yg ada...


wikang alaf baru...

klakar..klakar...nk pecah perut saya gelakmula2...tp seram gak bila tgk dia bleh angkat tayar belakang tu..hebat2..kagum betul saya tgk..

anda silalah kagum gak...hahahaha...layan je...

video

kepada mat2 rempit...korang jgn tercabar plak tgk lori ni bleh wikang gak..lg hebat you all..jgn plak lepas ni korang nak angkat suma tayar plak...naya plak..xtau jd apa lepas tu kan..

hahahaha....


5 Tempat terkotor di dunia.


Mungkin Setiap orang mengimpikan tempat aman, selamat dan bersih untuk meneruskan survival hidup di dunia ini. Didalam lingkungan Negara kita mungkin persoalan diatas mempunyai jawapannya. Tetapi tahukah anda dunia ini sudah jauh binasa dan mungkin tidak dapat diselamatkan lagi….


1) Chernobyl, Ukraine


worldsdirty_1


Bandar Chernobyl terkenal dengan letupan Reaktor Nuklear pada tahun 80an yang menyebabkan radiasi tersebar ratusan kilometer malah 100 kali lebih besar dari kesan Bom Atom di Hiroshima & Nagasaki. Dengan kepadatan penduduk 135 000 orang keseluruhan kota Chernobyl telah di kuarantin sehingga kini setelah puluhan tahun masih lagi terdapat “zon berbahaya” seluas 19batu persegi, di mana tidak ada satu kehidupan yang berada disana.

2)Dzerzinsk, Russia

worldsdirty_2
Dzerzinsk mempunyai populasi 300 000 orang dan ianya hasil dari pencemaran “Senjata Kimia” Perang Dingin antara US dan USSR, Bandar ini merupakan tempat Pengilangan & simpanan terbesar Senjata Kimia Tentera USSR. Toxic kimia merebak keseluruh system pengairan menyebabkan kadar kematian yang tinggi dihadapi penduduk Dzerzinsk


3) Linfen, China

worldsdirty_6

Linfen China bukanlah satu-satunya Bandar yang terkotor di China, Perlombogan Arang Batu adalah aktiviti utama di Bandar ini. menyebabkan sulfur dioksida & Carbon Monoxide tersebar diudara, kabus perang adalah permandangn biasa bg Linfen. Ianya juga banyak memberi efek terhadap pencemaran Air di bandar ini.

4) Mailuu-Suu, Kyrgyzstan


worldsdirty_5


Bandar Mailuu-Suu, Kyrgyzstan sering dilanda mala-petaka. Ianya merupakan salah satu tempat pemprosesan Uranium terbeasr di dunia. Pembuatan Bom Atom adalah Tujuan kepada perlombongan Uranium ini, setiap tahun hamper 1.96 juta cubic meter hasil perlombongan sisa radioaktif.

5) Norlisk, Russia

worldsdirty_8


Bandar Norlisk, Russia pusat perlombongan bijih besi terbesar di dunia, Bandar yang didiami puluhan ribu buruh ini hanya untuk satu tujuan iaitu bekerja melombong bijih besi. Mengikut Pertubuhan Kawalan pencemaran PBB bahan aktif yang tersebar di udara Norlisk adalah Strontium-90, Cesium-137 and lesser evils, including hydrogen sulfide.

bayangkan anda duduk kt situ..eiii..xbleh nk bayangkan...


saya tension...


assalamualaikum...
apa kabar korang suma...?sorilah korang...saya dh lama sgt xdpt nk update blog tersayang ni...bknnya sbb malas or xde masa...(masa saya sgtlah byk kalau setakat nk update entry hari2.)..tp masalah saya adalah wireless kt hostel saya yg sgtlah BENGONG...!!!

dhlah slalu offline...dpt connect pn just utk friendster...facebook pn kekadang je dapat...nk check email pn xbleh...blog pn just bleh view je...xbleh log in...apakah ini???ni ke yg dinamakan wireless of full communication...kalau setakat bleh update bnda2 yg xperlu sgt sampaikan nk buka email pn xbleh...layak ke wireless ni ada kt tempat study yg sangat gah dan konon2nya moden ni..sesuai ke dgn zaman skrg yg sumanya pn di hujung jari...

saya tersangatlah bengang...nsb baik saya balik umah weekend...ni dh msk 3 mgg berturut2 since lepas mid sem break tu...temankan mama saya kekelas kt jb..sbb papa saya ada urusan lain yg xdpt dielakkan..kalau x..pasangan belangkas tu akan pg berdua2an je ke jb..of courselah dgn en.hubby sayang yg sama2 apply cuti..cuma mgg ni je en.hubby xbleh blk sbb kn OT ahad ni...(miss u sayang..)

oklah korang..geram lebih2 pn xguna...xde perubahan pn...saya cuma update sebanyak yg bleh since saya ada kt umah ni...okeh..

daa...


Ciri-Ciri Pasangan Sejati...



1. Beriman

Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.


2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu

Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis

Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda

Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.


5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi

Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda

Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi

Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya

Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi

Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda

Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu

Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

sayangilah pasangan anda seperti mana anda menyayangi diri anda...

en.hubby...saya sayang kamu...!!!


Sunday, March 15, 2009

tetiba teringat...kenangan terindah...

10th annivesary celebration at genting...17/07/2008

tetiba je teringat kenangan manis saya bila en.hubby menunaikan janjinya utk membawa saya ke genting sempena annivesary cinta kami ke 10 tahun...xdirancang pn..en.hubby last minit bgtau dia setuju nk pg..en.hubby agak nervous nak naik cable car sebenarnya..

tp en.hubby layankan je ke 'excitedan' saya tu...classmate saya yg bercinta dgn coursemate saya pn join gak..kiranya kami pg berempat..pg balik hari je...naik keta n parking kt hentian kajang..then naik bas..cool je kan...sng crite..

thanks a lot en.hubby sbb merealisasikan impian saya...en.hubby ajak naik lg n tido sana utk honeymoon plak..ish..gatal plak saya ni..

Thursday, March 12, 2009

isteri mcm tv???ish..ish..ish...



Wife is like TV, girlfriend is like Hand phone (HP)

At home watch TV, go out bring HP.

No money, sell TV. Got money change HP.

Sometimes enjoy TV, but most of the time play with HP.

TV free for life but HP, if you don't pay the services will be terminated

TV is big, bulky and most of the time old, but hand phone is cute, slim, curvy and very portable at any time.

Operational cost for TV is often acceptable but for HP is high and often demanding,

Most Important, TV got remote.. HP don't have..

Last but not least....... .

TV do not have virus, but h/p yes, have VIRUS, once get it, HABIS LA!

hahahahaha.. .....

so better choose TV!

so...korang nk pilih yang mana?keputusan di tangan anda!!!


Wednesday, March 11, 2009

dh gemuk...kn diet ni...

Align Center
You could lose weight with that new crash diet, or opt for the ‘perfect 100 per cent of the time with your diet’ approach. But deep down you will know that these ‘all or nothing’ diets don’t last for long. Nor are they healthy – for body, mind or soul. Dietitian Lyndel Costain gives her top diet tips to lose weight and keep it off.


1 - Stay clued up
Knowledge is power. By arming yourself with the facts about healthy diet, and ignoring the fads, you are more likely to build confidence in your abilities and achieve your weight loss goals.
WLR can help! Long term weight control is about being realistic, and enjoying healthy eating and exercise habits for life – and reaping all the benefits.

2 - Have clear motivations
Write down your reasons for wanting to lose weight. Having clearly identified reasons helps your feeling of commitment. Try to include reasons that aren’t just about appearance, for example, ‘will help me feel fit enough to do more of the things of I want to do’ or ‘will help my back pain’. Looking back on them can also be a very useful motivator if the going gets tough.

3 - Keep a food diary
Writing down what you eat and drink and any thoughts linked to that eating helps you become more aware of your eating habits and problem areas. Recognising what is going on and understanding more about yourself is a powerful way to start planning changes to your diet and puts you in control.
Keeping a food diary, even intermittently, also helps you stay on track, and lets you look back to see the great progress you’ve made. (You can try WLR's online food diary free for 24 hours.)

4 - Weight goals
Losing 5-10% of your weight is an ideal target, according to research. This can be broken down into smaller manageable steps, for example, 4-5lbs at a time. Remember too that just keeping your weight stable is a great achievement in itself these days. Losing modest amounts of weight are not just easier to keep off but bring big health benefits. For example, if you are overweight, losing 5-10% of your weight can halve your risk of type 2 diabetes.

5 - Set realistic goals
When making changes to your diet and exercise habits start small and set a few realistic goals. If they are realistic, you are more likely to achieve and stick with them and feel successful, which in turn boosts your self-esteem and self-confidence for ongoing success.


test..test..test..


test..test..test..
sebelum cuti mid sem aritu dh test...ngam2 balik cuti pn ada test...wah...apakah ini???
dahlah dua2 subjek tu pn 3 kredit hour...sgtlah teruk kalau saya dpt xok...xsnggup dh nk dok kt sini lg..
saya nk bt keje lain plak...huhuhuhu...
nsb baiklah saya dpt mengharunginya...alhamdulillah...
dgn doa tulus ikhlas dr mama setiap hari dan sokongan dr tersayang buat saya mkn bersemangat...

semoga saya lebih sukses semester ni...doakan saya eh..

all the best to me....

Sunday, March 8, 2009

bahagianya bercinta....


assalamualaikum semua...
kali ni saya nk berkongsi tentang bahagianya bercinta...saya yg dh lama bercinta mmg dh lalui byk sgt dugaan dan cabaran bercinta...dalam masa2 perancangan utk berkahwin ni terasa mcm cepat je semua benda tu berlalu...kami dh terbiasa duduk berjauhan..bak kata orang..PJJ a.ka. Percintaan Jarak Jauh...

manalah tidaknya...lepas SPM kami dh mula berjauhan bila saya ke Perlis selama 2 tahun...setiap hari hanya call n sms je...mmg terasa sgtlahkan...setiap mlm adalah agenda wajib kami berbual..xkiralah kejap atau lama...en.hubby menjadikan rutin wajib dia utk call saya every night...saya plak call dia bila berkesempatan je...maklumlah tgh studykan..en.hubby plak uruskan kedai minum abah dia...


mmg terasa sgt..kami berjumpa bila saya cuti je..mmg perit gaklah...tp nk buat cmnakan..ingatkan sementara je tp xpn..lepas 2 tahun saya kt Perlis..en.hubby pn smbg study gak..saya mmg direct smbg..dkt skit kt bangi..mmg seronoklah..tup2 en.hubby plak ke alor setar...3 tahun tu...smpai mama saya ckp..eloklah tu..sorang balik..sorang plak pegi..hehehehe...mmg klakar sgt rasanya...tp tu suma amat mematangkan kami dan menguatkan lagi ikatan cinta kami sehinggalah bleh mencapai 10 tahun dgn mcm2 cabaran dan dugaan...


kami tetap bersama suka dan duka


tengok kt kampus pasangan bercinta sgtlah jeles...tapi nk buat cmnakan..masa bercinta nilah sumanya indah belaka okeh...kentut pn wangi..xmndi pn wangi..hehehe...korang msti ada cmtu gakkan...saje utk pengongsian...keseronokkan dan keindahan masa bercinta...
  • Bahagianya bercinta apabila dapat menghabiskan masa bersama-sama seperti menonton wayang, berjalan-jalan dan bersiar-siar, membeli belah, bermain bowling dan lain-lain lagi.
  • Berbeza pula apabila berjauhan di antara satu sama lain. SMS je la penghubung di antara satu sama lain. Tetapi bagaimanakah menguruskan cinta jarak jauh.
  • Kejujuran dan keikhlasan penting dalam percintaan tapi bagaimanakah kita dapat mengukur kejujuran dan keikhlasan seseorang itu. Adakala kita memberikan kepercayaan kepadanya tetapi pada masa yang sama cemburu menguasai diri tanpa diundang ia datang. Bak kata perpatah cemburu tandanya sayang.
  • Tetapi kalau tidak dikawal ia boleh memutuskan perhubungan tersebut. Ia akan membuat perhubungan itu tidak akan dapat bertahan sehingga ke jinjang pelamin.
  • Setiap insan yang bercinta inginkan percintaan itu berakhir sehingga ke jinjang pelamin, beranak pinak, bercucu cicit dan ke akhir hayat.
  • Gembiranya melihat ibu bapa kita berkahwin tanpa cinta tetapi tetap bahagia. Apakah rahsia mereka. Apa yang membuatkan mereka masih lagi bertahan sehingga sekarang.Bagaimana mereka menanam kepercayaan di antara satu sama lain. Bagaimana mereka menyemai dan menyuburkan kasih sayang mereka walaupun telah berabad lamanya.Hanya mereka yang tahu..........
daa...

Saturday, March 7, 2009

korang suka minum juices x???


HEALTHY JUICES


Carrot + Ginger + Apple - Boost and cleanse our system.



Apple + Cucumber + Celery - Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.



Tomato + Carrot + Apple
- Improve skin complexion and eliminate bad breath.


Bitter gou rd + Apple + Milk
- Avoid bad breath and reduce internal body heat.


Orange + Ginger + Cucumber
- Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.


Pineapple + Apple + Watermelon
- To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.


Apple + Cucumber + Kiwi
- To improve skin complexion.


Pear & Banana
- regulates sugar content.


Carrot + Apple + Pear + Mango
- Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization .


Honeydew + Grape + Watermelon + Milk
- Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and str engthen body immunity.


Papaya + Pineapple + Milk
- Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.


Banana + Pineapple + Milk
- Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation

pengalaman bercinta...part 5


lepas 1st meeting kitaorang tu,esknya saya xkluar pn dgn en.hubby...saya nk bg keadaan ok skit...mcm tergedik2 jekan...mgg dpn tu brlah saya kluar dgn en.hubby...after skolah saya turun bandar n kami pg lunch sama2...ingat lg masa tu kami lunch kt bcb lower ground floor tu...apa eh nama dia???hah..UNCLE SUN..ada lagi skrg cuma dh xbrapa maju dah...masa tu kt situ sgtlah famous okeh...smpai akak2 yg keje kt situ pn dh kenal dgn kitaorang...bdk2 skolah..bdk2 dating..org dating mmg pg situ...tmpt agak privacy n makanan pn bleh tahan...masa tu xwujud lagi mcd or pizza hut...kfc pn jauh je nk menapakkan...so..kt situ jelah tmpt kami slalu dating..hehehe...

setiap ari okeh...call pn tiap2 malam..mmg angaulah...yg saya xbleh lupa..masa tu kitaorang xdeclare apa2 pn...sampailah satu ari tu...en.hubby hadiahkan saya diari yg ada lirik lagu dalam tu...ada 2 lirik...en.hubby suruh saya dgr lagu tu n hayati maksdnya...hehehe...dh mula menampakkan ciri2 romantikkan...en.hubby bg lirik lagu 'because of you-98 degrees' dgn 'sepenuh hati-spoon'...peh..mmg betul2 cinta monyet budak skolah kan..klakar2..bila saya teringat balik...masa tu saya faham2 jelah yg en.hubby nk serius dgn saya...bleh ke???saya pn dgn hati yg berbunga2 pn acceptlah... :D..mmg en.hubby menjadi sgt lain lepas tu...sgtlah caring n loving...hehehe...budak skolah lg padahal tu..tp mmg saya xnafikan..en.hubby mmg matang dr usia...



gambar ni sehari selepas en.hubby accident...lepas kejadian tu saya sgt2 menghargai peluang kedua bersama en.hubby...mcm xpercaya dgn apa yg berlaku...kalau korang dh baca entry pasal en.hubby accident tu..msti korang bleh rasa apa yg saya rasa...kalau suma tu jadi kt orang yg korang sayang..saya ingat lagi hari en.hubby betul2 nk serius dgn saya tu ialah 17 Julai 1998...mula dari tarikh tu kami betul2 falling in love...mmg xbleh dipisahkan lagi...smpailah ke arini...mmg sinonim kami ni...sampai ada yg panggil kitaorang kembar n fotostat sbb muka kami ada iras..yeke???


lepas PMR kami ke sekolah yg sama (SM TEKNIK KLUANG)...mmg ada jodoh gak sbb kelas kami sebelah menyebelah...bkn sebelah bilik tau..tp sebelah bangunan...en.hubby smpai snggp tukar seat dok kt tepi tngkp sbb saya dapat dok kt tepi tngkp..nmpk mcm kitaorang ni baru bercinta n kenal..tp diaorang xtau sebelum ni lagi...sbb kami x interprem sgt...mmg nmpklah tiap2 hari...walaupn xsama kelas...balik skolah lg rancaklah kami berjumpa...masa rehat mmg en.hubby ke kelas saya...mmg sweet sgt moment masa tu...kalaulah bleh reverse balikkan...suma org pn mmg dh tau..xbleh ckp apalahkan..bdk outsiderkan..xdelah havoc sgt org nk mengata..cuba kalau dok hostel..mmg panaslah asyik kena mengata je...

ini adalah siri terakhir saya...saya akan update lagi dgn entry percintaan kami selepas skolah..tentang percintaan PJJ kami...yg sgt penuh dgn cabaran...mmg menguji percintaan kami..tp alhamdulillah kami dpt harungi smpailah sekarang...kami dh 10 thn bercinta...tanpa ON OFF tau...sapa2 yg rapat dgn kami tau pasal kami...jgn ingat kami saje mereka2...gilerkan bercinta apa smpai 10thn...tahun ni insya Allah tahun ke 11 dan tahun kami ingin melangkah setapak lagi...

doakan kami eh..

kami menyambut 10th anniversary kt genting bersama dgn classmate saya...

Friday, March 6, 2009

Important Tips...


Health - Very Very Important Tips


Answer the phone by LEFT ear.
Do not drink coffee TWICE a day.
Do not take pills with COOL water.
Do not have HUGE meals after 5pm.
Reduce the amount of OILY food you consume.
Drink more WATER in the morning, less at night.
Keep your distance from hand phone CHARGERS.
Do not use headphones/earphone for LONG period of time.
Best sleeping time is from 10pm at night to 6am in the morning.
Do not lie down immediately after taking medicine before sleeping.
When battery is down to the LAST grid/bar, do not answer the phone as the radiation is 1000 times.

Forward this to those whom you CARE about!