Tuesday, May 26, 2009

HAPPY BIRTHDAY SAYANG...

http://www.aumflowersindiaflorists.com/images/birthday-gifts-3.jpg


ALLAH SELAMATKAN SAYANG...

ALLAH SELAMATKAN SAYANG..
ALLAH SELAMATKAN...
AZAZEE SUKIMI
TERSAYANG...
ALLAH SELAMATKAN SAYANG...


Selamat Ulang Tahun yg ke 26 sayang...semoga panjang umur...dimurahkan rezeki...semoga semua yg diimpikan dan direncanakan akan sukses selalu...semoga dirahmati dan disayangi Allah selalu...


Saturday, May 16, 2009

amalan...

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh

Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar

Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah

Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain

Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding

Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam

Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah

Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah


1 minit untuk mengingat Allah

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan


Friday, May 15, 2009

apa yg kita xperasan dalam hidup kita...

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala makihamun,caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senangbila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

biasalahkan..kita suma insan yg lemah...byk benda yg kita xperasan dalam hidup kita nikan...sekarang korang dh perasan ke belum??

Thursday, May 14, 2009

sakit kepala???


sesuai untuk sesapa yg selalu stress dan sibuk dgn keje n study...(pengalaman dr yg berpengalaman).

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS )

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh ..

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan .. Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin ..

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin .. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah ..

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa ..

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat , tetapi tidak sembuh ..

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri .. Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh .. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Semoga sangat bermanfaat buat kawan² semua..

Wednesday, May 13, 2009

TEKNIK BERTENGKAR SECARA POSITIF...


1. Jgn Terlampau Byk Bercakap

Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah..
Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan
masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai
suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada
terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan
tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi
bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan
secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.

2. Jgn Menyebut Kelemahan Pasangan

Bukan hanya pasangan perempuan sahaja yang mempunyai kelemahan, anda juga ada
kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut
merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang
dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih
parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya
tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan
meninggikan suara.

3. Jgn Membalas Perbuatannya

Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah
rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda
pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya
memberi peluang yang lebih kepada pasangan anda untuk menjauhi anda.
Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda
sendiri.


4. Jgn Cuba Mengubah Pasangan

Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', pasangan anda dibesarkan dalam
keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan
pandangan anda.

5. Fokus Pada Masalah

Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan
turut menjadi masalah.

6. Jgn Tinggikan Suara

Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara
pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan
keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang
sehingga pasangan anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat
menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.

7. Gunakan Panggilan Manja

Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau
'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya.
Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah
sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar
termasuklah 'aku' dan 'kau'.

8. Elakkan Terlalu Emosional

Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas
mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius
memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang
tidak-tidak terhadap lawannya.

9. Gunakan Perkataan Yg Baik2

Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak
menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai.
Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang
tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"

10. Jgn Bertengkar Depan Makanan Dan Di Tempat Tidur
(utk suami isteri sahaja)

Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera
dan bermesra-mesra sesama sendiri.

11. Dengar Luahan Pasangan

Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh pasangan anda itu dapat
menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan
sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri
yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.

12. Jgn Bergaduh Depan Anak2

Dengan bergaduh di hadapan anak2, anda hanya akan membuatkan anak2
keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar
atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak2 anda
menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan
menjejaskan imej anda sekeluarga.

13. Bersabar

Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan
pasangan anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari pasangan anda.
Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala
jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.

14. Say NO To Third Party

Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan
orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan
keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah
anda.

15. Mengalah Tidak Bererti Kalah

Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda
hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.

16. Jgn Keluar Dari Rumah Sebelum Selesai

Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan
segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan
ini sebenarnya akan menyebabkan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan
keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu
ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.
Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dasyat akan
menyebabkan mereka bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan
memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan.
Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda
bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa
tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.

17. Luahkan

Selain menjadi pendengar kepada permasalahan pasangan, anda turut perlu
meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum
anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan
sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.

18. Pelukan Dan Kemaafan

Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan
masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda
seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu
tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda
selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.

semua ni adalah cara bagaimana nk bertengkar dgn cara yg betul..sebenarnya xperlu bertengkar kalau kita dan pasangan kita boleh berdiplomasi dan menggunakan pendekatan yg lembut sekiranya terjadi apa2 masalah or salah faham..

xsemestinya bertengkar akan menyelesaikan masalah yg kita hadapi...kadng2 sekiranya kita terlalu marah boleh mengundang kepada sesuatu yg lebih buruk lebih2 lagi jika kita xsedar dan xdpt nk mengawal diri kita sendiri...

apa yg penting adalah berbincang...berbincanglah dalam keadaan tenang..okeh..


Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU....

A Song For Mama

You taught me everything
And everything you've given me
I always keep it inside
You're the driving force in my life, yeah

There isn't anything
Or anyone I can be
And it just wouldn't feel right
If I didn't have you by my side

You were there fo me to love and care for me
When skies were grey
Whenever I was down
You were always there to comfort me
And no one else can be what you have been to me
You'll always be you always will be the girl
In my life for all times

Mama, mama you know I love you
Oh you know I love you
Mama, mama you're the queen of my heart
Your love is like
Tears from the stars
Mama, I just want you to know
Lovin you is like food to my soul

You're always down for me
Have always been around for me even when I was bad
You showed me right from my wrong
Yes you did

And you took up for me
When everyone was downing me
You always did understand
You gave me strength to go on

There was so many times
Looking back when I was so afraid
And then you come to me
And say to me I can face anything
And no one else can do
What you have done for me
You'll always be
You will always be the girl in my life

SELAMAT HARI IBU....
especially kepada mama kesayangan saya
PUAN MAHIZAN binti MAHMUD...

terima kasih atas segala2nya yg telah mama curahkan dan korbankan sepanjang saya hidup 26 tahun ini tanpa kekurangan malah kaya dgn segala pengetahuan dan pengalaman yang sgt2 berguna untuk saya masa kini dan masa hadapan..

saya SAYANG mama selama2nya...hidup saya xkan berjaya dan sempurna sampai hari ini tanpa pengorbanan dan kasih sayang MAMA..


mama kesayangan saya masa konvo...muaahhh...