1. Jgn Terlampau Byk Bercakap
Ketika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah..
Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan
masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika anda sebagai
suami mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada
terlalu menegakkan pendapat anda sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan
tidak puas hati kepada pasangan anda sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi
bosan dengan anda. Yang perlu anda lakukan adalah dengan memikirkan
secara mendalam cara untuk membetulkan keadaan.
2. Jgn Menyebut Kelemahan Pasangan
Bukan hanya pasangan perempuan sahaja yang mempunyai kelemahan, anda juga ada
kelemahan sendiri. Jadi, dengan mengungkit kelemahan dia, anda akan turut
merangsang pasangan mengungkit kelemahan anda. Lagi pula, anda tidak akan menang
dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih
parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya
tentang anda dahulu supaya apabila giliran anda nanti, dia tidak akan
meninggikan suara.
3. Jgn Membalas Perbuatannya
Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah
rumah. Anda mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan anda
pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya
memberi peluang yang lebih kepada pasangan anda untuk menjauhi anda.
Akhirnya, anda turut terlibat dalam menjarakkan perhubungan anda
sendiri.
4. Jgn Cuba Mengubah Pasangan
Anda dibesarkan dalam keluarga 'begini', pasangan anda dibesarkan dalam
keluarga 'begitu'. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya.
Anda harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan
pandangan anda.
5. Fokus Pada Masalah
Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan
turut menjadi masalah.
6. Jgn Tinggikan Suara
Semakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara
pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan
keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang
sehingga pasangan anda yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat
menyelesaikan masalah dengan lebih cepat.
7. Gunakan Panggilan Manja
Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan 'sayang' atau
'manja' tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya.
Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan anda merasakan dirinya rendah
sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar
termasuklah 'aku' dan 'kau'.
8. Elakkan Terlalu Emosional
Ketika sesi bergaduh ini, pasti pasangan anda akan selalu terlepas
mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius
memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang
tidak-tidak terhadap lawannya.
9. Gunakan Perkataan Yg Baik2
Selain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak
menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai.
Antara contoh perkataan yang boleh anda gunakan ialah, "Abang rasa sayang
tak patut buat macam ni," berbanding "Ni semua salah engkaulah!"
10. Jgn Bertengkar Depan Makanan Dan Di Tempat Tidur
(utk suami isteri sahaja)
Hal ini kerana tempat tersebut sepatutnya tempat kita menjamu selera
dan bermesra-mesra sesama sendiri.
11. Dengar Luahan Pasangan
Mungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh pasangan anda itu dapat
menyelesaikan masalah. Jika anda hilang tumpuan ketika ini, bukan
sahaja anda akan kehilangan idea yang baik malah anda menggunakan cara sendiri
yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah anda berdua.
12. Jgn Bergaduh Depan Anak2
Dengan bergaduh di hadapan anak2, anda hanya akan membuatkan anak2
keliru dan mengadili sama ada ibu atau bapa mereka yang berada di pihak benar
atau salah. Perkara yang lebih menakutkan akan berlaku jika anak2 anda
menceritakan keadaan anda berdua kepada orang luar. Hal ini akan
menjejaskan imej anda sekeluarga.
13. Bersabar
Sekalipun anda lelaki dan anda lebih kuat secara fizikal berbanding dengan
pasangan anda, jangan sekali-kali anda cuba untuk mengasari pasangan anda.
Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala
jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
14. Say NO To Third Party
Selagi terdaya menyelesaikan masalah anda sendiri, jangan libatkan
orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan
keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah
anda.
15. Mengalah Tidak Bererti Kalah
Mengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan anda kalah. Anda
hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan anda sebenarnya betul.
16. Jgn Keluar Dari Rumah Sebelum Selesai
Selalu menonton drama di TV? Kebanyakannya menunjukkan suami akan
segera meninggalkan rumah semasa bergaduh untuk memudahkan cerita. Tindakan
ini sebenarnya akan menyebabkan isteri anda ditinggalkan dalam keadaan
keliru. Hal ini menyebabkan dia akan berasa tertekan dan anda perlu
ingat bahawa anak-anak akan ditinggalkan bersamanya di rumah.
Perempuan yang hilang kewarasan akibat tekanan yang dasyat akan
menyebabkan mereka bertindak yang bukan-bukan. Mungkin sahaja dia akan
memudaratkan dirinya atau anak-anak anda boleh menjadi mangsa keadaan.
Sekiranya anda rasa tidak dapat menahan marah, beritahu isteri anda
bahawa anda perlukan sedikit ketenangan dan hal ini lebih menampakkan rasa
tanggungjawab anda terhadap permasalahan anda berdua.
17. Luahkan
Selain menjadi pendengar kepada permasalahan pasangan, anda turut perlu
meluahkan perasaan anda. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum
anda menyambung pendapat anda. Sekiranya anda tidak memberitahu keadaan
sebenar anda, belum tentu dia dapat memahami keadaan anda.
18. Pelukan Dan Kemaafan
Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan
masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan anda
seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu
tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan anda
selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.
semua ni adalah cara bagaimana nk bertengkar dgn cara yg betul..sebenarnya xperlu bertengkar kalau kita dan pasangan kita boleh berdiplomasi dan menggunakan pendekatan yg lembut sekiranya terjadi apa2 masalah or salah faham..
xsemestinya bertengkar akan menyelesaikan masalah yg kita hadapi...kadng2 sekiranya kita terlalu marah boleh mengundang kepada sesuatu yg lebih buruk lebih2 lagi jika kita xsedar dan xdpt nk mengawal diri kita sendiri...
apa yg penting adalah berbincang...berbincanglah dalam keadaan tenang..okeh..
No comments:
Post a Comment