20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan
kereta kesayangannya.
21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau
suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg
berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.
Terpaksalah saya menyara anak2.
22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata
'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya
perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,
letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg
mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari
bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi
'bersangkak' .
25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji
nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya
digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah
kami dibaling tahi.
26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri
lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka
kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak
menganggu hidupnya.
27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai
setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti.
Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang
dah ada tanda2 HIV.
29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling
barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.
Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2
ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya
sara anak sementara dia di dalam penjara.
31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.
Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang
perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang
kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya
kerja kilang nak sara anak2.
33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan
kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan
hati saya selama ini?
34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah
pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak
orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam
jadi "jaga"... siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab.
Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya
kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat
"gigitan cinta" perempuan lain di badannya.
36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja
besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi
selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.
Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia
mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus
abang saya dan pihak hospital.
37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,
suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam
orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di
rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam
kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun
beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.
Dia sendiri pun tak pernah buat.
39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana
mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil,
dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak
percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara
keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan
silap haribulan berendam airmata...
40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.
Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami
amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks
hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik
benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri
lain.