Sunday, February 15, 2009

Adakah anda berdua pasangan serasi ???


Adakah anda berdua pasangan serasi


Jika anda inginkan perkahwinan yg bahagia,carilah pasangan yg berbeza posisi dgn anda.Semakin jauh, semakin baik.
Pasangan yg urutan lahirnya bertolak belakang,biasanya saling menarik antara satu sama lain.Sehingga sgt baik dlm khidupan perkahwinan.
Berikut adalah informasi mengenai kombinasi pasangan berdasarkan posisi mereka sebagai anak dlm keluarga serta saranan penting sebagai panduan.

SULUNG+SULUNG DAN TUNGGAL+TUNGGAL = PEREBUTAN KUASA

Anak sulung dan anak tunggal memiliki karekter yang sama.Masalah yg dihadapi oleh pasangan ini biasanya berkisar drpd sifat merek asendiri yg inginkan ksempurnaan Dan sentiasa memikirkan siapa yg lebih berkuasa dlm apa juga perkara.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Berhenti drpd terus mengkritik pasangan jika mengimpikan kehidupan yg bahagia.Kritikan pedas biasanya menjadi kebiasaan kepada anak tunggal.
Jgn suka membuat andaian yg berlebihan tentang sesuatu perkara.Contohnya perkara yg belum berlaku,tetapi anda sudah menentukan ia pasti berlaku.Sesungguhnya sikap begitu menjurus menjadikan anda seorang yg keras,bukan hanya pada diri sendiri tetapi juga pada pasangan.Ini adalah sikap yg sgt tidak baik kerana setiap pasangan inginkan kelembutan bukannya kekerasan.
Definisikan peranan masing2 dgn jelas.ini dpt mengelakkan daripada perdebatan atau pertengkaran tentang siapa yg berhak melakukan ini atau itu.Berbincang Dan putuskan sejak awal tentang tanggungjawab masing2.
Hentikan terus sikap tamak atau mendominasi.Tdak semestinya apa yg anda inginkan akan anda dapati.
Dalam mencapai sesuatu perkara, mungkin caranya lebih baik drpd cara anda.Belajarlah untuk berkata “Cara kamu juga baik.Apa kata Kita Cuba dulu cara yg kamu sarankan ini.”



SULUNG + TENGAH = PARADOKS

Anak sulung harus menerima kenyataan bahawa anak tengah mempunyai karakter terbaik dalam mempertahankan sesebuah perkahwinan.Fakta penting bagi anak tengah,anak sulung adalah ‘paradoks’(kelihatan bercanggah tetapi benar) yg membosankan.Sebagai anak yg memiliki kakak/abang dan adik,anak tengah sudah terbiasa bertolak ansur, berbincang dan gemar memendam perasaan daripada meluahkan isi hati yg sebenar.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Selalu-selalulah berbincang.Jgn biarkan pasangan anda berkata,”semuanya ok”’tanpa mengetahui hal yg sebenarnya.Berusahalah utk berkongsi perasaan antara satu sama lain.
Buatlah pasangan anda agar merasa dirinya sentiasa istimewa.Khususnya bg anak sulung,beri pasangan anda hadiah atau kejutan2 kecil krn kebiasaan anak tengah kurang mendpt perhatian keluarga.
Jika Ada masalah,selesaikan segera.Tetapi keputusan hendaklah dibuat secara bersama


SULUNG + BONGSU = PASANGAN BAHAGIA

Pasangan yg ideal Dan saling tertarik antara satu sama lain.Anak sulung mengajar perkara2 yg berkaitan dgn prinsip hidup Dan rancangan masa depan.Sementara anak bongsu membantu pasangan untuk lebih santai dlm menghadapi hidup.Sebaiknya ialah,isteri sulung sementara suami bongsu.Wanita yg lahir sbg anak sulung,sifat keibuannya sgt tinggi.Sementara lelaki yg lahir sbg anak bongsu pula sentiasa memerlukan kehangatan seorg ibu.Dalam hal ini,mereka saling lengkap melengkapi.Namun perlu diingat,kebahagian dlm perkahwinan bukan ‘dilahirkan’ tetapi ‘diciptakan’.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jgn sesekali membiarkan pasangan (bongsu) mengambil kesempatan ke atas anda.Terutamanya jika pasangan anda lelaki.Berusahalah agar dia sentiasa memahami bahawa perkara remeh-temeh di rumah,bkn hanya tugas atau tanggungjawab wanita seorang.
Jgn terlalu meperbesar-besarkan kelemahan pasangan anda.Kerana setiap org mempunyai kelemahan,tetapi ia harus,diperbaiki dgn cara sebaik mungkin.Jgn terlalu drastik,tetapi pasti.
Beri perhatian sepenuhnya antara satu sama lain.
Komunikasi perlu sentiasa dijaga.Pastikan bahawa peranan anda dan pasangan tetap seimbang dlm posisi yg wajar.


TENGAH + TENGAH = KACAU BILAU

Kelemahan pasangan ini ialah dari segi komunikasi.tidak gemar berbincang kerana takut berlaku perdebatan dan sering takut jika idea mereka tidak diterima.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jika sukar utk bercakap Cuba ungkapkan isi hati melalui lukisan.Seperti surat ,kad atau pun sms.
Bangunkan kepercayaan diri pasangan melalui pujian,ciuman,dakapan dan sebagainya.
Luaskan pergaulan.Bergaullah dgn rakan2, baik di pejabat atau pun tetangga.Tetapi elakkan drpd kecurangan atau perkara2 yg negatif.
Sentiasa menghormati pasangan.Contoh mudah ialah jgn lupa telefon jika anda pulang lewat atau ingin pulang cepat.



TENGAH + BONGSU + AMAN

Seorang pasif dan seorang lagi sosial.Satu kombinasi yg baik dlm sgl aspek.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jgn sesekali memperlekehkan pasangan anda,walaupun mungkin idea yg dikemukakan kedengaran pelik dan lucu.Dengar dan fikirkan.
Sesekali cubalah idea2 baru.Bukannya apa, sekadar untuk memeriahkan dan lebih menghangatkan lagi perhubungan anda berdua.
Berusahalah utk menonjolkan kelebihan pasangan anda.
Berusaha utk berkongsi dlm sgl hal.Jgn menangis atau ketawa sendirian.


BONGSU + BONGSU = KELAM KABUT

Kombinasi ini sering terjebak dgn masalah kewangan serta beberapa masalah berat lainnya.Kerana itu sejak daripada awal lg, mereka hendaklah duduk bersama berbincang tentang hak Dan kewajiban masing2.Juga kesepakatan utk menerapkan disiplin dalam rumah tangga.Jika ianya diabaikan,sudah pasti segalanya menjadi kelam kabut.Kebiasaan buruk anak bongsu ialah gemar menyalahkan org lain.

SARANAN UNTUK PASANGAN INI

Jgn suka bertikam lidah,sebaliknya jadilah pendengar setia utk pasangan.Sentiasa bersikap terbuka dan berusaha untuk myelesaikan segala masalah.
Sentiasa berkomunikasi dgn baik dan saling ingat mengingatkan,agar tidak berlaku sesuatu yg tidak diingini.
Jgn memulakan pertengkaran sebaliknya hendaklah sentiasa menghindari.
Hadapi segala apa yg mendatang dgn tenang serta pasti hidup anda berdua sentiasa dipenuhi dgn keceriaan.



Namun catatan ini tidak lebih daripada suatu kebiasaan yg sering dilihat.Jadi, bagaimana pun posisi anda,hendaklah sentiasa berusaha yg terbaik.Juga jgn lupa bersyukur walau di mana posisi anda dlm keluarga agar tidak mempengaruhi perjalanan rumah tangga anda.Dgn kata lain,apa yg dicatatkan hanyalah sebuah petunjuk,bukannya info yg tepat...

Sekadar info untuk dikongsi bersama..kalau saya dgn en.hubby adalah pasangan paradoks..korang dgn pasangan korang apa plak eh...ni sekadar info je...kalau korang dh kahwin..pandai2lah korang serasikan hubungan korang tu..ni bleh jd panduan pd sesapa yg masih mencari Mr/Mrs Right...hehehe...

SELAMAT MENCUBA...

No comments: