Sunday, February 15, 2009

20 jenis lelaki yg x bleh dibuat SUAMI!!! (PART 1)


1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak
bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak
buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia
tidak boleh bimbing saya soal agama.

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri
selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang
hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli
rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas
di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.
Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju
perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah
dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas
pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa
anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.
Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di
bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi,
belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar
lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama
juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami
memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana
suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak
dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya
tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia
penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan.
Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks
sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga
apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar
dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya
kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik
sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si
anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.
Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa
dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa
mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa
untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3
tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x
seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat
mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk
belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain
baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik,
suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan
kereta kesayangannya.

hehehe...ada je antara kita yg mengalami situasi mcm ni kan..nk buat cmna..dh itu pilihan kita..masa bercinta mmg xnmpk belang..bila dh khwn n ddk bersama,berkongsi segala2nya bersama barulah kita tau belang masing2...ni adalah antara fenomena sekarang lepas khwn...korang xkan xnmpk skit pn sebelum khwnkan...

sekadar ingatan dan panduan kepada wanita termasuk diri saya sendiri...siapkanlah diri dgn apa2 yg patut sekiranya ditakdirkan anda berkahwin dgn lelaki cmni...


No comments: