Friday, June 19, 2009

lambatnya...


Sudirman dapat gelaran Datuk
PEKAN: “Saya begitu berbesar hati dan terharu dengan kurniaan darjah kebesaran ini yang diberi kepada arwah Sudirman walaupun sudah 17 tahun meninggal dunia.“Malah, saya bercadang mempamerkan pingat ini di Muzium Tokoh di Kuantan untuk tatapan peminat arwah,” kata Datin Rodziah, kakak penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad, ketika ditemui, semalam.Sudirman yang meninggal dunia pada 22 Februari 1992 ketika berusia 37 tahun akibat penyakit radang paru-paru antara lima penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 baginda di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, di sini.Rodziah yang juga Pengarah Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia Berhad, berkata nama Sudirman terus diingati sama ada generasi sezaman dengannya atau generasi sekarang. “Jadi, saya bercadang lebih baik pingat kurniaan ini dipamerkan untuk tatapan umum,” katanya.
ni antara petikan metro yg saya baca td...Allahyarham Sudirman dapat Datuk???saya terkejut sgt2...setelah 17 tahun arwah meninggal dunia br skrg ke terpanggil utk bg pingat...??konpius..konpius..bknlah saya nk dengki atau rasa xpuas hati..cuma relevankah kita memberi pingat atau gelaran pada org yg dh meninggal...lama plak tu..17 tahun...knp 17 tahun dulu xde sesapa pn yg terpanggil nk bg??
saya bknlah nk derhaka pada sesapa yg nk bagi tu kan...cuma saya rasa mcm xpatut..mmg eloklah dikenang..tp utk apa gelaran mcm tu lgkan..tu hanyalah pandangan peribadi saya...xde kena mengena dgn yg lain...mmg trend rakyat kita yg bila dh takde barulah kita nmpk..masa hidup dulu xbrapa nk pandang...
oleh itu..marilah kita sama2 menghargai insan2 yg kita sayangi selagi mereka masih ada..terutamanya mak n ayah kita...seburuk mana pn mereka..mereka tetap darah daging kita..punca kita bleh bernafas n berjaya hingga saat ini...utk yg telah tiada..adalah baik bg kita utk menghadiahkan ayat2 suci alquran...setidak2 tidaknya ckplah dgn Al-Fatihah...
daa...

No comments: