Oleh kerana sekarang ni aku tgh cuti semester,so,bnyklah masa aku nk update.So,layankan 20 perkara yg perempuan x suka termasuk aku...
1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang `macho' tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara
kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun
pasangannya tidak bersalah.
2. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-
gerikekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan.
Kalaunak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah
tercetusnyapertengk aran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan
melenting pulasekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh
kekasihmereka… macammana tu?
3. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu
pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga.
Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke
tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka
kekasihnya kuat cemburu.Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila
teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat
menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak
layan kadang-kadang!
4. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu
dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri
sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking
boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau
siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang
sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana
sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal
kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai
mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah
cik abang oiii!!!
5. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap
sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari
adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan
benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang
tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri
saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah
menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia
sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka
juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
6. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita.
Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya
lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa
mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai
kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita.
Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
7. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan
alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan
alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan
padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.
Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah
wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang
memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-
dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi
anda.
8. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar
tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
9. SUKA `CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar.
Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi
mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih
kenalah jaga juga cik abang!
10. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang
hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para
wanita.Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini
sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan
semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih
perasan tuu… ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji… hahaha
sedarlah!
11. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…
egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh
diguna pakai.
12. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan
perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang
berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika
berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24
jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan
dimanjakan.
13. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun
gelarannya `lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih
dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek
akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa
dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni??
Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
14. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan
kerjaya.Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila
diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang
kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah
tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah
membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu
sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan
kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya
pandai membahagikan masa…
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.
Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama
berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan
badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini
terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya
kaumlelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam `food machine'. Mereka
lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka
tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum
wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan
dengan bersopan.Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak
ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu
mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah,
jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman
wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama
kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada
masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak
sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai
kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda,
jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak
eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya
tidak penting buat
anda pula.
18. TIDAK TAHU MENGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun
perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu
walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia
terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat
sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-
pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap
anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap
anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah
terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun
ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar
belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan
mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-
benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak
berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu
helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan
keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih
kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan
hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka
lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri
anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian
terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata
wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna
juga!
Pesanan kepada insan yg bernama lelaki, renung2kanlah...jangan anggap perempuan ni xde taste mcm korang...Kalau korang ada perangai buruk cmni,baik korang ubah cpt2 sebelum korang terlepas wanita idaman korang..sapa yg rugi???
Thursday, November 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment