Thursday, November 20, 2008

Mana satu kategori anda???

Hai korang..aku nk kongsi lg kategori korang sebelum korang bt kputusan nk khwn dulu..Bagi korang yg bujang lg,blehlah pilih yg mana satu kategori korang..Even ni utk lelaki,tp x semestinya xjd kt perempuan gak..

Enjoice....

Pelengkap hidup

Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah
menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap,
kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi,
membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan
sebuah ikatan perkahwinan.

Hidup lebih terurus

Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang
tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri.
Sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya
berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya.

Kewangan yang mantap

Dia telah mempunyai sumber kewangan yang tetap yang dianggap sebagai
modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang
dicintai.

Bosan hidup membujang

Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup
membujang, pernikahan adalah solusi terakhir yang dianggap tepat
untuk mereka keluar dari situasi kebosanan.
Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya
aman dan tiada kongkongan hidup, tetapi lama-kelamaan, dia akan
merasakan hidupnya kosong tanpa wanita di sisi.

Terlalu menyintai

Saat merasa cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya
menjadi semakin egois untuk memiliki kamu, kekasih paling disayangi.
Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki
lain, jalan terbaik yang harus ditempuhi adalah dengan memutuskan
alasan untuk menikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari bahawa
hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak
penghuni.

Sudah bersedia

Dari segi mental dan fizikalnya, dia merasakan sudah bersiap sedia
untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka
memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke
gerbang perkahwinan.

Ingin punyai keturunan

Seperti juga kaum wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan
keturunan yang boleh dibanggakan.

Cepatkan hubungan intim

Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji
kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar
dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian.
Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat
mengukuhkan hubungan intim.

Secocok

Mereka merasakan kamu dan dirinya seperti kepingan puzzle yang
saling melengkapi. Mempunyai minat dan hobi yang sama, tahu akan
karakter masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan di
antara kamu berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami
dirinya selain kamu, kekasih sejati.

Desakan orang tua

Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki
mengajak pasangannya berkahwin. Hal ini antara lain adalah kerana
orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup
bahagia di samping cucu-cucu mereka atau melihat anaknya sudah
secocok dengan pasangannya.

Desakan kekasih

Lelaki akan berasa tercabar sekiranya mereka dipaksa melakukan
sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia.
Tetapi, ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima
dengan sebulat hati, tanpa ada sebarang alasan.

Dh dpt Jwapan???


No comments: