Apakah Kita memahami APA itu CINTA?.... CINTA...
* Jika kita mencintai seseorang,kita kan sentiasa mendoakannya walaupun dia
tidak berada disisi kita.
* Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
* Jangan sesekali menyerah jika kita masih merasa sanggup.
* Jangan sesekali mengatakan kikta tidak mencintainya lagi jika kita masih
tidak dapat melupakannya.
* Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka
telah dikecewakan. Kepada mereka yg masih percaya,walaupun mereka telah
dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,walaupun mereka telah
disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian & keyakinan
utk membangunkan kembali kepercayaan. !
* Jangan simpan kata2 cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal
dunia, lantaran akhirnya kita terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada
pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yg tersimpan dibenakmu itu
sekarang selagi ada hayatnya.
* Mungkin Tuhan menginginkan `kita bertemu dan bercinta dengan orang yg salah'
sebelum bertemu dengan orang yang tepat kita harus mengerti dan berterima
kasih atas kurniaan itu
* Cinta dapat mengubah.... .pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh menjadi
bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat
dan kemarahan menjadi rahmat.
* Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih
menyakitkan Mencintai seseorang dan kita tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya.
* Seandainya kita ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar mer! ah. Kadangkala kita
mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kita terasa bisa duri mawar
itu menusuk jari.
* Kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati ,
sehinggalah kita kehilangannya . Pada saat itu, tidak guna sesalan kerana
perginya tanpa berpatah lagi.
* Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kita benar2
menyintainya setulus hati.
* Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.
* Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya
sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika
tidak , kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam
dirinya.
* Kamu tidak pernah tahu bila kita akan jatuh cinta, namun apabila sampai
saatnya itu raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia ! pergi
dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.
* Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai
oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
* Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah
berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah
dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kita melupakan kegagalan kita dan
kekecewaan itu.
* Cinta itu apabila kita bertemu dan membuat pilihan yang tepat.
* Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tidak akan ada
kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan , kekecewaan dan kehancuran.
jadi,pandai2lah korang mencari CINTA...sebenarnya CINTA SEJATI sukar dicari sekiranya tidak berlandaskan landasan yang betul...
No comments:
Post a Comment