Wednesday, January 14, 2009

tips memikat isteri/suami



1. sentiasa mengingati masa indah dan kenangan seperti tarikh mula perkenalan, tempat pertemuan,janji temu pertama,ulang tahun perkahwinan dan tarikh lahir isteri.

2. ucapkan perkataan sayang sekurang2nya sekali sehari. wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu, apatah sudah lama berkahwin.

3. apabila isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik,lelaki perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti hari lahir mereka atau ingin keluar bersiar2.

4. pakai pakaian yg cantik dgn bauan yg memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yg harum dan menyegarkan. sering kali lelaki lupa tanggungjawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama setelah lama berkahwin sekiranya isteri tidak harum seperti baru2 berkahwin dahulu.

5. jangan terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. sebaiknya beri teguran yang lembut yg tidak menyinggung perasaan isteri.

6. untuk menghidupkan suasana yang romantik terutama pasangan yg lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah utk isteri.

7. sering kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dgn anak. cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri.

No comments: